Sejuk-sejuk macam ni perut asyik mintak makan je. Bila selongkar kat kabinet dapur tu banyak pula stok yang dah habis. Fikir punya fikir akhirnya resepi kuih ni je yang berpadanan dgn bahan yang ada. Senang pulak tu. Nama kuih ni kasui tapi tengok pada bahan-bahannya macam tepung kapur yang selalu Che (ibu) saya buat. Sedap juga buat untuk minum petang semalam. Resepi dari tasya18 MyResepi.
Bahan-bahan ( ramai )
-tepung gandum 4 cawan
-gula merah 7 sudu
-gula biasa 8 sudu
-kapur sesudu kecil @ 1 1/2 sudu
-kelapa parut sedikit digaul dengan sesudu kecil garam
Cara-cara
1.bancuh tepung gandum dalam bekas bersama dengan 2 cawan air mati...biar pekat jangan cair
2.dalam bekas lain bancuh kapur,gula merah,gula biasa dengan air panas(3 cawan)
3.selepas itu tapiskan air bancuhan gula tadi kedalam bancuhan tepung..
4.kacau sebati..sebelum masukkan kedalam loyang hendaklah anda tapiskan dulu supaya tepung tidak berketul-ketul...salut loyang dengan mentega atau sedikit minyak...kukus selama 20-25 minit..
5.setelah sejuk potong ikut suka dan salutkan dengan kelapa parut yang bercampur sedikit garam
Selamat Tahun Baru 2026
1 week ago



2 comments:
cantik blog awak..saya suka..
malissa,
alhamdulillah kalau malissa suka. tq
Post a Comment