Beef Lasagna

 

Kalau diikutkan saya dan ayah Nadhirah ni bukanla penggemar makanan2 barat sebenarnya. Hari tu buat chicken chop pun teragak2 rasa dia sepatutnya macam mana sebab memang jarang makan. Lainlah kalau makanan Thai. .  
Tak cantik sgt lapisannya. Saya guna egg lasagna, mungkin jenis ni lebih lembut berbanding lasagna biasa.
Lain kali kena kurangkan air
Malam tadi akhirnya berjaya juga buat lasagna ni setelah sekian lama teragak nak mencuba. Walaupun tak puas hati sgt dengan outcomenya (dodoh!) tapi tetap sedap bagi lidah belacan saya ni.  Ayah Nadhirah tadi sebelum makan yang saya hidangkan cakap dia tak suka lasagna ni sebab mak dia tak pernah masak. Tapi lepas tu nampak dia senduk pula lagi 2 kali. Eh! Agaknya kalau suka berapa kali senduk ye :) Resepi ni saya ambil di My Resepi oleh nihadriz.

Bahan-bahan ( 6 orang )
• 300g daging cincang (lagi senang kalau guna brand Ramly)
• 1 botol prego (yang kecil)
• 2-3 batang celery
• cendawan butang (sebanyak yang suka)
• 2 biji tomato (potong dadu)
• 1 biji lobak merah (dihiris halus)
• 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
• 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
• 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
• Sedikit lada sulah
• Garam secukup rasa
• Gula secukup rasa
• Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar)
• 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
• (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)

Bahan-bahan untuk cheese sauce
• 2 sudu besar mentega
• 4 sudu besar tepung gandum
• 1 peket Cheddar cheese (115g) -saya guna mozarella lagi best rasanya
• 1-2 cawan susu
• Sedikit garam untuk perasa

Cara-cara
1. Panaskan oven 180 C
2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
4. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.
5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.

7. Sediakan sauce pan, panaskan.
8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.

11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
- saya lapiskan dgn cheddar cheese juga
Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)


#utk peringatan dimasa depan ;
1. kurangkan air
2. cheese sauce kena double
3. yg dah buat ni 3 layer
4. lebihkan lagi keju parut

BEEF LASAGNA MAMASYA




Tertarik dengan resepi lasagna Mamasya dari blog dapur-mamasya.blogspot bila mamasya kata anak-anak suka. Saya pun jadi semangat nak mencuba. Hasilnya memang memuaskan, x muak. Lepas ni kalau nak buat lasagna lagi rasanya akan stick pada resepi Mamasya ni ajela. Kena dengan tekak saya. Pada Mamasya, tq atas resepi, mohon copy n paste untuk rujukan saya akan datang ye kak :)

Bahan-bahan:


* 6 keping pasta Lasagna - guna yang instant tp rebus sekejap biar lembut.

-bahagian inti daging-

* 3/4 cawan daging cincang - letak 1 cwn daging

* 1 biji bawang putih (dicincang)

* 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)

* 2 biji tomato ( potong dadu)

* 1/2 biji carrot ( potong dadu)

* 6 ketul cendawan ( potong dadu)

* 3 sudu besar tomato ketchup - tambah 6 sb lagi

* 2 sudu besar olive oil- guna butter

Bahagian white sauce

* 1 cawan susu segar

* 1/4 cawan tepung gandum

* 1 sudu besar cheese powder-letak 1 kpg slice cheese

* 2 sudu besar butter

* 1 sudu kecil garam

* sedikit lada sulah

* Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna-letak slice cheese je

***white sauce ni kena doublekan bahan2nya sbb sauce tak cukup utk cover semua lasagna.***

untuk hiasan

* sedikit hirisan daun pasley kering-tak letak

Caranya

1. Buat inti daging dulu
panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan 3 sb tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula, 6 sb sos tomato dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan
 
2. Buat White sauce
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.

3. Sedia untuk melapis
ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley.

Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain.

5 comments:

Juwita Jamaludin said...

sedap kak.. nampak berselera..dah lama sangat ita tak buat lasagna.. ita pun baru2 ni teringin nak makan lasagna.. tapi kulit dia mahal sikit plak jumpa haritu terus tak terbeli.. buat pasta bake je..

cucu nenek di liverpool said...

kat sini 76 sen. Mahal sikita drp group pasta yg lain. pasta bake? macam menarik juga tu utk ditry..leh masuk list mnunggu tu

Intan Suhana said...

salam kak. hmmm, italian food ni mmg favourite dayat. spagheti, pizza, lasagna laju je die makan. lasagna sheet tu akak beli katne? sy pernah guna asda n tesco brand, tp rasenye asda punye tak berapa bagus..

cucu nenek di liverpool said...

xtahula tahun bila pulak nak masak balik lasagna ni, kami tak suka sgtla.tambah pulak masak tak sedap kut..hihi.. akak beli kat lidl.

Intan Suhana said...

ye ke tak sedap kak hehe. kalo tak, takkanla orang tu sampai senduk 2 kali hihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com