Kek Puding Karamel

1 comments
Semalam belajar buat kek puding karamel. Resepi dah lama dah cari tapi macam tak berapa faham nak buat. Tengok-tengok ada kawan ( saudari Salwani Suhaimi, terima kasih banyak-banyak. Berkat dia murah hati berkongsi ilmu sekarang dah tak menang tangan ambil order. Tahniah ye! ) tunjukkan langkah-demi langkah kat FB nya. Barula rasa yakin sikit nak buat. Saya dah lupa dari blog mana saya ambil resepi ni tapi tak silap tuan punya resepi nama Pn. Munira. Terima kasih

dalam oven
lepas disejukkan 10 minit

pudingnya terlembik sbb tersilap masuk susu banyak
ni resepinya ;
Bahan-bahan
(A)Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
>>tabur gula dlm loyang n msk atas api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jd perang).Ketepikan dulu

(B) Bahagian Atas
1/2 tin susu cair FN (200ml) saya guna susu segar
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur

(C) Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45ml minyak msk@butter cair

(D) Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara
Kacau semua bhn (B) perlahan2.jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnya
Masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi..ketepikan.
Pukul bahan (C)
Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh
Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati.
Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang
Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C
Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2 

Winter 2010


video
Akhirnya setelah kebanyakan tempat di seluruh UK diselubungi salji baru malam tadi kami di Liverpool dihujani snow yang amat lebat. Dalam masa tak sampai 2 jam snow dah menebal lebih kurang 15cm. Menurut kata kawan-kawan yang dah lama berada disini, Liverpool sebenarnya amat jarang diselubungi salji. Mereka siap buat trip lagi ke kawasan lain untuk merasai pengalaman main salji ni. Kalau Liverpool pun dah turun salji maksudnya memang teruklah winter di UK tahun ni. Patutla kalau tengok dalam berita sekarang kebanyakan lapangan terbang di seluruh UK ni tutup!!
Apapun syukur Alhamdulillah sebab sempat juga kami merasai pengalaman baru dalam hidup. Semasa snowy malam tadi saya tak terpanggil untuk turun main bersama Ayah dan Nadhirah, sejuuuk..trr..sejuk hujan kat Malaysia pun saya tak tahan apatah lagi sejuk salji. Lagi pun kami tinggal di Tingkat 2 apartmen ni, lagilah malas nak turun. Kalau tinggal di tingkat bawah mungkin digagahkan jua kut.. heee.. ada lah Ayah ambikkan gambar sikit bagi si Ibu ni tengok. 











Yang ni pemandangan dari tingkat 2 apartment kami, kawasan parking LiDL (pasaraya) yang memutih
Gambar-gambar ni diambil pada malam kejadian. Pagi esoknya Ayah baik hati ambilkan gambar waktu balik dari kerja. Terima kasih Ayah. :) 




Baru tahu rupanya diorang taburkan garam atas jalan waktu winter untuk cairkan salji. Tapi kalau dah tebal sangat terpaksa pakai mesin juga.





Dulu dan sekarang..

pulut kepal&ikan kukus goreng utk ibu, nasi goreng belacan utk ayah, bubur nasi utk adik dan tortilla wraps with chicken caesar utk bekal kakak dan ayah
Tetiba je pagi ni rasa nak masukkan gambar sarapan pagi ni. Bukan nak kongsi resepi pun sebab dah tau menu ni menu biasa-biasa je. Semua orang pun dah tahu. Cuma yang saya nak ceritakan betapa bezanya sarapan kami sekarang jika nak dibandingkan dulu-dulu masa saya kerja. Orang lain mungkin tak pelik tapi bagi saya yang amat tak cekap buat kerja-kerja dapur ni memang mustahillah rasanya nak siapkan sarapan untuk semua orang macam ni.

Dulu kami selalunya sarapan sendiri-sendiri, saya kat sekolah suami kat kedai atau kat cafe universiti dan anak kat rumah pengasuh. Balik sekolah dah pukul 4 lebih kadang-kadang terus lunch n dinner sekali kat kedai makan depan taman kami. Harapkan hujung minggu barula dapur rumah tu berasap. Betapa tak harmoni betul!

Sekarang, saya masak untuk sarapan dan makanan tengahari sekali pada waktu pagi sebab suami selalunya nak makan nasi pagi tu sebelum ke universiti. Dah petang nanti baru masak untuk makan malam. Jadi waktu lapang tengahari tu selalu juga saya bereksperimen, cuba masak resepi-resepi baru yang saya jumpa dalam blog kawan-kawan dan sebagainya. Kuih ke, kek ke, puding ke. 

Ada juga kawan-kawan yang kata "rajinnya la nak masak macam-macam, kami masak sekali je untuk makan 1 hari", samaada berbentuk sindiran atau pujian saya terima dengan hati terbuka. Alhamdulillah Tuhan dah bagi kelapangan buat saya dan seharusnya saya perlu manfaatkan sepenuhnya peluang yang ada ni.

Kek Kastard Pandan jadi Kek Kastard Strawberry

3 comments
Assalamualaikum, lamanya tak masuk entri. Kalau tak masukkan resepi rasanya dah lama dah blog ni tutup. he..he..nak cerita pasal lain memang tak ada ceritala jawabnya. Nak diikutkan ada juga terlibat dalam aktiviti sekolah Nadhirah dalam minggu ni seperti Open Day (laporan prestasi), Rhyme Challenge, Christmas Dinner tapi sayangnya prosedur sekolah tak bagi private party ambil gambar. Rugi betul..

Berbalik kepada tajuk ye..kiki..Kali ni punya kek sgt panjang salasilahnya tapi nak cerita juga kat sini. Tak nak baca jgn baca ye! Hihi..dah lama nak buat kek ni setelah Pn. Juwita memuji kesedapan kek ni terus pergi cari tepung hoe kwee. Lepas tu perap dalam almari alih2 minggu lepas baru perasan dan tengok tarikh luputnya 23/12/2010!!! Lepas tu baru perasan terbeli warna merah!! Aiyyyyak!! Daripada kek kastard pandan terpaksa ubah flavour strawberry. Punyala susah pulak tu cari flavournya akhirnya yg dapat cuma dessert mix perisa strawberry dlm bentuk powder :-(

Akhirnya inilah rupa kejadiannya...
terpaksa potong lapisan kastard sekeliling sbb tak cantik bila dikeluarkan selepas saya sisipkan tepi tu. Ikutkan kena guna loose tin. Ingatkan nak celoreng2kan dengan sos coklat atas tu tapi dah tak boleh nak tahan, terus SELAMATTT masuk mulut. hihi..Sedap-sedap! 

ilham resepi dari Juwita, resepi kek kastard dari sweet 4ever, resepi kek span dari cik mat gebu. Terima kasih pada semua. Saya copy disini dan saya edit sbb tukar perisa strawbery

KEK KASTARD PANDAN/STRAWBERRY
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
1 biji kek span pandan / kek span keladi/strawberry

bahan (A)
gula kastor -180gram (150g sbb desert mix tu dah ada gula)
air daun pandan - 500ML (air je 300ml)
serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan

bahan (B)
santan pekat - 400ML (fresh milk)
tepong hoen kwee hijau - 85gram (tepung h.k merah)
pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh (pewarna merah)
secubit garam (tak letak)
bancuhan desert mix perisa strawberi ngan baki air 200ml)
UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering (sos coklat)

Cara-cara
1.kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan
2.untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
3.satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
4.kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
5.sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
6.letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
7.letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
8.hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
9.keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

KEK CHIFFON KELADI/STRAWBERRY
Bahan-bahan ( Acuan Chiffon Berukuran 26cm )
Bahan A:-
6 kuning telur (gred A)
150 g gula halus
100 ml pati santan (guna santan kotak) (fresh milk)
100 ml minyak jagung/masak
70 ml air (+desert mix)
225 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh baking powder*(*diayak bersama)
1 camca teh perisa keladi (bancuhan desert mix perisa strawberi ngan 70ml air)
1/2 camca teh pewarna ungu (warna merah)
Secubit garam (tak letak)

Bahan B:-
6 putih telur (gred A)
135 g gula halus (100g)
1/2 camca teh cream of tartar

Cara-cara
1.Dalam satu bekas, satukan semua bahan A dan kacau dgn wisk hingga semua sebati dan larut. Ketepikan sebentar.
2.Masukkan putih telur ke dalam mixing bowl, masukkan cream of tartar dan putar pada kelajuan tinggi. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga kembang dan kental.
3.Gaulkan putih telur tadi ke dalam no.1 dgn kaedah "kaup balik" hingga sebati.
4.Tuang dalam acuan chiffon dan ratakan. Tak payah disapu apa2 pada acuan. Biar macam tu saja. Hentak 2 - 3 kali utk membuangkan ruang2 udara dalam adunan kek tadi.
5.Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 30 - 35 minit. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan acuan tadi atas dulang dan biarkan sejuk dalam acuan dalam berkeadaan terbalik.
6.Bila kek betul2 sejuk, sisip tepi acuan dgn pisau kecil, tanggalkan acuan dan sisip juga bahagian dasar acuan dan boleh alihkan kek ke pinggan. Potong dan hidangkan.


Puding Roti Marble


Salam hujung minggu, nampaknya hujung minggu ni kami tak ke mana-mana. Fakhri dan Ayah pun tak berapa sihat jadi duduklah kami dalam rumah ni. Cuma tengahari tadi ada ajak kawan lunch kat rumah. Masak biasa-biasa je cuma teringat nak simpan resepi puding ni kat blog. Selalu juga buat puding ni bila ada belen2 kerak roti yang Nadhirah tak makan tu. Sedap, tambah-tambah kalau makan lepas keluar dari peti sejuk tu. (bagi tekak saya ler..)
Resepi dari K.Hana. Tq kak ye.
BAHAN-BAHAN
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco.
(kali ni saya tambah 2 sudu besar oren sunquick dlm adunan warna asal tu)
kacau cepat2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Biskut Suji Pelangi

Siap utk dibawa beraya di London hari tu.
Yang ini pun biskut yang dibuat masa raya hari tu juga. Ingatkan nak buat biskut tat nenas tu aje (buat awal2 puasa) tapi menjelang raya tengok-tengok tinggal beberapa biji je terus tergerak hati nak buat biskut ni. Lagipun bahan-bahan kebetulan semua dah ada jadi laju jela buatnya. Resepi ni saya ambil dari blog adik ita kita yang rajin masak di Jepun sinun. Ita ni kawan saya kat Melaka dulu sekarang ni ikut suami yang sama-sama kerja dengan suami saya sambung belajar disana. Tq ita ye.

Bahan-bahan ( 40-50 keping )
•100 g minyak sapi ( 8 1/4 sb rata )
•50 g gula icing - ayak ( 1/2 cwn rata dan kurangkan 1 sb rata )
•1/8 sk garam halus
•200 g tepung gandum ( 1 1/3 cwn rata ) + 1/8 sk b.soda - diayak bersama
•20 g badam kisar ( 2 1/2 sb rata )
•pewarna merah,kuning,hijau
•Secukup gula halus - untuk tabur
•secukup paper cup

Cara-cara
1.Minyak sapi,gula icing dan garam dikacau hingga sebati.Masukkan badam kisar dan kacau rata.
2.Masukkan pula tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan dan mangkuk.Jika doh masih melekit,tambah tepung secukupnya lagi.
3.Bahagi doh kepada 4 bahagian dan warnakan merah,kuning,hijau dan 1 bahagian warna asal.
4.Ambil secubit adunan drp keempat2 doh berwarna,campur dan bulat2kan sebesar guli. ATAU.... canai setiap doh berwarna dan tindihkan antara 1 dgn yg lain,kemudian dipotong 1/2 inc persegi.Ambil setiap persegi doh dan bulat2kan seperti dlm gambar contoh....
5.Susun di atas dulang pembakar dan bakar selama 20 min pd suhu 160C atau sehingga garing.
6.Golekkan biskut dgn gula halus dan masukkan ke dalam paper cup

Tat Nenas Gebu dan Rangup

sebelum dibakar (resepi k.liza)
Kuih ni sebenarnya buat masa raya aidilfitri hari tu, tapi kebetulan gambarnya masih ada jadi saya masukkan disini agar senang kalau-kalau nak buat lagi nanti. Saya buat 2 kali menggunakan resepi K.Hanieliza dan resepi dari blog En. Mat Gebu. Resepi K.Liza ni saya dapati agak rangup dan yang En. Mat pula sangat gebu. Tapi yang penting 2-2 resepi ni sedap! Yumm..yumm..
selepas dibakar (resepi En.Mat)
ni resepi dari k.liza ye
Bahan-bahan :
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
Jem Nenas..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara-cara :
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara
 
dan ini pula resepi dari blog En.Mat Gebu yang tersohor itu :
Bahan-bahan :
150 g minyak sapi (ghee)
100 g mentega
50 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh serbuk vanilin@esen vanilla
40 g tepung kastard
400 g tepung gandum
Beberapa titik pewarna kuning
Jem nenas secukupnya, digentel sebesar badam
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
1.Putar minyak sapi, mentega, gula aising dan serbuk vanilin@esen vanilla hingga sebati (tak yah sampai kembang). Masukkan kuning telur satu persatu dan terus memutar hingga rata.

2.Masukkan tepung kastard, pewarna kuning dan putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh ditekan (jika menggunakan acuan tat jenis tekan....macam acuan kuih sampret...). Bila rasa dah ok, jgn letak tepung lagi...

3.Rehatkan doh 5 minit dan tutup dengan kitchen towel bersih yang lembap. Isi doh dalam acuan tekan yang dipasang mata untuk membuat tat gulung. Tekan memanjang (pastikan bahagian bercorak dok belah bawah), letak sebiji jem dan gulung doh tadi perlahan2 sehingga menutupi jem. Kerat dan alihkan ke dalam dulang pembakar

4.Buat hingga habis, sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 15 - 17 minit. Bergantung pada oven masing2. Biarkan tat suam diatas dulang pembakar sebelum dialih ke atas jaringan. Bila sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara...

Agar-agar karamel

Ni pula pemanis mulut lepas makan nasi dagang semalam. Selalunya buat puding karamel kali ni cuba agar-agar karamel pula kes nak jimat telur punya pasal..he..he..sedap juga. Tak rugi mencuba. Dapat nipis je sebab guna separuh adunan kes bahan tak cukup. Resepi dari Cik Mat Gebu. tq ye.

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 g serbuk jelly (boleh beli kat pasaraya)
600 ml air
300 ml susu cair
120 g gula halus
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir (mat guna 3/4 cawan)*
3 camca besar air*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.

2. Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.

3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...

Nasi Dagang Kelantan

0 comments
Dah tak tau nak masak apa akhirnya buat nasi dagang. Rasanya ini resepi orang kelantan sebab lauknya gulai ayam. Kalau kat Terengganu nasi dagang lawannya tak ada yang lain selain gulai ikan aya@tongkol dan acar timun. Tapi gulai ni rasanya lain daripada yang lain. Sedap! Resepi dari alma My Resepi.

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
• --->Bhn nasi dagang<---
• ½ kg beras nasi dagang
• 1 genggam beras pulut
• 3 ulas bwg merah + 2 ulas bwg putih + 1.5 inci halia + 1btg serai(semua dihiris nipis & kecil2)
• ¾ cawan pati santan
• 2sdk halba (fenugreek)

• --->Bhn gulai ayam masak darat<---
• ½ ekor ayam (potong ikut saiz disukai)
• 2 sdb rempah/awas darat
• 2sdb kerisik (fried grated coconut)
• * 6-7 ulas bwg kecil
• * 3-5 ulas bwg putih
• * 1 – 1.5inci kunyit hidup (turmeric)
• * 1 – 2 inci lengkuas (galangal)
• :: semua bhn2 * ditumbuk/kisar halus ::
• 1½ sdb (atau lebih) cili kering kisar (atau pun cili kering dikisar sekali dgn bhn2 di atas).
• 1sdk biji ketumbar (coriander -disangai sekejap kemudian ditumbuk halus).
• Santan kelapa (utk kuah, airnya agak2 supaya ayam semua terendam dalamnya)
• Cili muda dan/atau merah (belah dua)

• --->Bhn sambal kelapa (atau dipanggil sambal “nyo”)<---
• Kelapa parut dalam ½ - ¾ cwn
• 2 ulas bwg merah + 1 ulas bwg putih + ½ inci halia + 1 batang serai (semua dihiris nipis2).
• Sedikit manisan(ganti gula melaka jika tiada) & garam

Cara-cara

1. --->Cara masak nasi dagang<---
2. Rendam beras nasi dagang + beras pulut semalaman.
3. Kukus beras hingga empuk/masak (Tiap kali masak lupa nak setkan masa, mgkn dlm 40minit kut).
4. Bila dah ready, bawa keluar dr kukusan, letak nasi dagang tu dalam mangkuk besar. Arun beras dgn santan, dan bhn2 hiris serta halba. Siap arun, masukkan balik dalam kukusan, kemudian kukus semula dalam 10-15min. Bila siap kukus, angkat dan letak dalam mangkuk.

5. --->Cara masak gulai darat ayam<---

6. Dalam periuk/kuali, masukkan dulu rempah/awas darat, bhn2 kisar bertanda *, serbuk cili dan serbuk ketumbar, serta campurkan 3sudu besar santan. Kemudian baru nyalakan api dapur, kacau2kan bhn2 dalam kuali/periuk tadi buat beberapa ketika, bila dah bercampur sebati dan agak2 mendidih sekejap baru masukkan santan ke semuanya.
7. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata. Bila ayam 3/4 masak, tambah kerisik, garam & gula secukupnya. Dan tmbh cili muda, then biar kuahnya memekat sikit dan ayam empuk baru angkat.

Kuih kasui aka tepung kapur

Sejuk-sejuk macam ni perut asyik mintak makan je. Bila selongkar  kat kabinet dapur tu banyak pula stok yang dah habis. Fikir punya fikir akhirnya resepi kuih ni je yang berpadanan dgn bahan yang ada. Senang pulak tu. Nama kuih ni kasui tapi tengok pada bahan-bahannya macam tepung kapur yang selalu Che (ibu) saya buat. Sedap juga buat untuk minum petang semalam. Resepi dari tasya18 MyResepi.

Bahan-bahan ( ramai )
-tepung gandum 4 cawan
-gula merah 7 sudu
-gula biasa 8 sudu
-kapur sesudu kecil @ 1 1/2 sudu
-kelapa parut sedikit digaul dengan sesudu kecil garam

Cara-cara
1.bancuh tepung gandum dalam bekas bersama dengan 2 cawan air mati...biar pekat jangan cair
2.dalam bekas lain bancuh kapur,gula merah,gula biasa dengan air panas(3 cawan)
3.selepas itu tapiskan air bancuhan gula tadi kedalam bancuhan tepung..
4.kacau sebati..sebelum masukkan kedalam loyang hendaklah anda tapiskan dulu supaya tepung tidak berketul-ketul...salut loyang dengan mentega atau sedikit minyak...kukus selama 20-25 minit..
5.setelah sejuk potong ikut suka dan salutkan dengan kelapa parut yang bercampur sedikit garam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com