Biskut Suji Pelangi

Siap utk dibawa beraya di London hari tu.
Yang ini pun biskut yang dibuat masa raya hari tu juga. Ingatkan nak buat biskut tat nenas tu aje (buat awal2 puasa) tapi menjelang raya tengok-tengok tinggal beberapa biji je terus tergerak hati nak buat biskut ni. Lagipun bahan-bahan kebetulan semua dah ada jadi laju jela buatnya. Resepi ni saya ambil dari blog adik ita kita yang rajin masak di Jepun sinun. Ita ni kawan saya kat Melaka dulu sekarang ni ikut suami yang sama-sama kerja dengan suami saya sambung belajar disana. Tq ita ye.

Bahan-bahan ( 40-50 keping )
•100 g minyak sapi ( 8 1/4 sb rata )
•50 g gula icing - ayak ( 1/2 cwn rata dan kurangkan 1 sb rata )
•1/8 sk garam halus
•200 g tepung gandum ( 1 1/3 cwn rata ) + 1/8 sk b.soda - diayak bersama
•20 g badam kisar ( 2 1/2 sb rata )
•pewarna merah,kuning,hijau
•Secukup gula halus - untuk tabur
•secukup paper cup

Cara-cara
1.Minyak sapi,gula icing dan garam dikacau hingga sebati.Masukkan badam kisar dan kacau rata.
2.Masukkan pula tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan dan mangkuk.Jika doh masih melekit,tambah tepung secukupnya lagi.
3.Bahagi doh kepada 4 bahagian dan warnakan merah,kuning,hijau dan 1 bahagian warna asal.
4.Ambil secubit adunan drp keempat2 doh berwarna,campur dan bulat2kan sebesar guli. ATAU.... canai setiap doh berwarna dan tindihkan antara 1 dgn yg lain,kemudian dipotong 1/2 inc persegi.Ambil setiap persegi doh dan bulat2kan seperti dlm gambar contoh....
5.Susun di atas dulang pembakar dan bakar selama 20 min pd suhu 160C atau sehingga garing.
6.Golekkan biskut dgn gula halus dan masukkan ke dalam paper cup

2 comments:

Intan Suhana said...

waduh kak, baru berapa hari sy tak berblog, tgk blog akak dh mcm2 entry resepi dah...hebat!! raya aritu sy tak buat kuih pn kak, sume import hahaha. next raya leh try rajinkan diri...

cucu nenek di liverpool said...

bukan apa intan, sblum gambarnya di delete baik masukkan dlm ni. mana tau angin rajin dtg balik raya tahun depan lehla buat lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com