Puding Roti Marble


Salam hujung minggu, nampaknya hujung minggu ni kami tak ke mana-mana. Fakhri dan Ayah pun tak berapa sihat jadi duduklah kami dalam rumah ni. Cuma tengahari tadi ada ajak kawan lunch kat rumah. Masak biasa-biasa je cuma teringat nak simpan resepi puding ni kat blog. Selalu juga buat puding ni bila ada belen2 kerak roti yang Nadhirah tak makan tu. Sedap, tambah-tambah kalau makan lepas keluar dari peti sejuk tu. (bagi tekak saya ler..)
Resepi dari K.Hana. Tq kak ye.
BAHAN-BAHAN
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco.
(kali ni saya tambah 2 sudu besar oren sunquick dlm adunan warna asal tu)
kacau cepat2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

4 comments:

Intan Suhana said...

lawanye puding roti akak tu. sy pernah buat puding roti tapi tak pernah plak nak marblekan. lain kali leh try lah..

cucu nenek di liverpool said...

time line clear bolehla wat marble2 intan, kalau x marble tu tah apa rupa ntah.

Juwita Jamaludin said...

puding ni cepat keraskan... ita pun suka buat baru 2 hari lepas buat.. sebab ada roti nak expired dah.. sedap sejuk2

cucu nenek di liverpool said...

betul ita, tu yg kat tgh tu mcm tu jadinya sbb dah keras tapi nak buang membazir kan jadi letak jugakla

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com