Winter 2010


Akhirnya setelah kebanyakan tempat di seluruh UK diselubungi salji baru malam tadi kami di Liverpool dihujani snow yang amat lebat. Dalam masa tak sampai 2 jam snow dah menebal lebih kurang 15cm. Menurut kata kawan-kawan yang dah lama berada disini, Liverpool sebenarnya amat jarang diselubungi salji. Mereka siap buat trip lagi ke kawasan lain untuk merasai pengalaman main salji ni. Kalau Liverpool pun dah turun salji maksudnya memang teruklah winter di UK tahun ni. Patutla kalau tengok dalam berita sekarang kebanyakan lapangan terbang di seluruh UK ni tutup!!
Apapun syukur Alhamdulillah sebab sempat juga kami merasai pengalaman baru dalam hidup. Semasa snowy malam tadi saya tak terpanggil untuk turun main bersama Ayah dan Nadhirah, sejuuuk..trr..sejuk hujan kat Malaysia pun saya tak tahan apatah lagi sejuk salji. Lagi pun kami tinggal di Tingkat 2 apartmen ni, lagilah malas nak turun. Kalau tinggal di tingkat bawah mungkin digagahkan jua kut.. heee.. ada lah Ayah ambikkan gambar sikit bagi si Ibu ni tengok. 











Yang ni pemandangan dari tingkat 2 apartment kami, kawasan parking LiDL (pasaraya) yang memutih
Gambar-gambar ni diambil pada malam kejadian. Pagi esoknya Ayah baik hati ambilkan gambar waktu balik dari kerja. Terima kasih Ayah. :) 




Baru tahu rupanya diorang taburkan garam atas jalan waktu winter untuk cairkan salji. Tapi kalau dah tebal sangat terpaksa pakai mesin juga.





3 comments:

Juwita Jamaludin said...

salam kak .. sama la yokohama ni jarang2 salji nya.. tapi tahun ni rasa turun kot sebab sejuk semacam je.. ita nak balik msia ni kalau turun waktu ita kat msia tak merasa la nak main salji.. huhuhu

Idayu said...

best..best..main jgn x main.ooh kat liverpool pun jarang trn snow ker? kat nagaoka mmg lebat x hengat!

encik azuwan said...

kem salam kt Torres.hihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com