Sicilian orange cake

Salam hujung minggu. Snow nampaknya dah turun di bumi UK ni, paling awal dalam masa 17 tahun mengikut berita BBC malam tadi. Kawan2 sini cakap kat Liverpool ni pun semalam dah turun salji tapi sekejap je dalam masa 2-3 minit tapi saya xperasan pula.

 Tengahari tadi sempat cuba resepi kek oren ni. Sejuk-sejuk macam ni memang nak makan jela kerjanya. :)) Tambah pula esok ayah Fakhri ada match badminton kat Manchester, bolehla wat bekalkan ayah sekali.
Resepi dari Rima tapi saya copy dari blog k.hana. Tq once again sis hana

Bahan-bahan
250g butter - suhu bilik
250g gula pasir - hana buh 210g je..tuh pong dh manis
4 biji telur size M
11/2 sk parutan kulit oren
250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
85ml jus oren

Bahan untuk aising
125g gula aising
5 sk jus oren
 
Cara-cara
Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.

Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.

4 comments:

Juwita Jamaludin said...

salam kak pi.. nampak gebu je kek tu.. ita tak pernah cuba lagi kek ni.. nanti boleh masuk list ni..

Intan Suhana said...

uisshh..kak pi kite ni dah byk tul wat kek. sy gak yg selalu ade penyakit "m" hehehe...

cucu nenek di liverpool said...

ita, w.salam. kebetulan ada oren lehla cuba buat tapi manis sikitla, lain kali nak kurgkan lg drpd sukatan k.hana tu.

cucu nenek di liverpool said...

intan, kp mmg suka juga buat kek. Bukan apa leh wat backup utk bekal Nadhirah sek kalau tetiba dia xnak yg kp msk pagi tu. kek @ roti mmg dia suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com