Bulan Jun yang penuh makna!

Assalamualaikum. Terima kasih pada anda yang sudi singgah ke blog ini samaada secara sengaja atau tak sengaja. Hehe.. Dah lama tak cerita-ceritun, asyik tayang gambar makanan je kan. Alang-alang si Fakhri tengah tidur, lauk pun dah masak ni tetiba datang mood nak tulis entri. Mencurah perasaan gitu..

Bulan Jun ni memang bulan yang ditunggu-tunggu sebenarnya. Sebab ramai orang-orang tersayang disekeliling saya yang menyambut hari lahir pada bulan ini. Bermula dengan ibu saya, Puan Napisah Ismail yang genap berumur 51 tahun 30hb Mei, kemudian ayah saya Che Dalim Jusoh 48 tahun pada 3hb Jun, saya sendiri pada 7 Jun diikuti dengan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 6 pada 10 Jun, suami saya pula genap 32 tahun pada 12 Jun dan orang terakhir nanti ialah kakak sulung saya, Azizah pada 21 Jun ini.

Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga pada Allah Taala. Tiada apa yang paling membahagiakan hidup saya sebenarnya selain melihat orang-orang tersayang kekal sihat dan hidup sejahtera. Mudah-mudahan dengan syafaat usia yang bertambah ini maka bertambah jugalah saham kami untuk pelaburan di akhirat kelak. Kekalkanlah kesihatan kami untuk kami terus sihat beribadat kepadaMu Ya Allah. Amin Ya Robbalalaminn.

4 comments:

Amie said...

assalam,
tahniah utk yg berulang tahun pada Jun...pakwe kak amie pun esok 17 Jun dia punya birthday... hehee share bulan yea.

Juwita Jamaludin said...

Banyaknya kena celebrate bulan june ni tapi untung leh celebrate sekali.. hihiiihi.. simpan kenangan ni semua kak pi . kalau kat misa kadang tak semoat nak amik gambar dan simpan semua kenangan ni di blog... bila rindu balik msia leh tgk

kak pi kuah pasembur tu macam kuah kacang tu tapi ia pekat sikit sebab letak kentang bagi ita sedap ...

Idayu said...

wah..bnyknya birthday!
anyway otanjoubi omedetou piah! happy anniversary jugak, semoga sampai syurga ne..

Intan Suhana said...

wah, meriahnya bulan Jun akak. for sure every year mmg ternanti2 tgh tahun kan. busy la akak nk sambut macam2..=)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com