Apam Pelangi

Assalamualaikum..jangan jemu tengok apam ye. Sehingga hujung bulan jun ni tuan rumah memang nak mengapamm je. Kali ni kejadian apamnya tak selembut yang buat sebelum ni (yg sebelum xingat nak ambil gambar, ingat nak NGAPP je). Sebabnya tepung gandum tak cukup, nak turun beli kedai dah tutup akhirnya tambah tepung roti..hehe.. tapi apam pelangi ni sebenarnya memang sedap, lebih kurang apam dot-dot juga cuma tak ada inti je. Saya ambil resepi ni di blog k.hana dan saya simpan disini sebagai koleksi resepi yang saya dah cuba ye. Tq kak.

Bahan-bahan
• 2 biji telur
• 1 sudu teh ovellet
• 1/2 sudu teh esen vanila
• 150 gm tepung gandum
• 150 gm gula halus - hana cume buh 90g je
• 125 ml santan kara
• 1 sudu teh baking powder
• garam secubit
• pewarna


Cara-cara
• Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
• Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
• Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
• Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak

6 comments:

Juwita Jamaludin said...

Cantik.. Pandai akak buat pelangi tu..

Pstt: csntik prop bergambar.. Tapi tips yg lebih baik ambil gambar siang2 tepi cahaya yg banyak.. Baru tak de bayang...:)

Amie said...

assalam,
kita memang kagum dgn hasil apam tu...sbb kita mmg masih kaku bab tepung2 ni...

cucu nenek di liverpool said...

haha..ita, tengok gambar ita cantik2 tu yg naik semangat nak cantik gak tu. psl tips tu tq byk2 ita, maklumla kp sekarang suka masak malam bila masak terus snap, tambah pulak lampu rumah ni semua ala2 romantik gitu ;)

cucu nenek di liverpool said...

amie,wsalam
eh saya pun mcm amie jugak, baru nak belajar2 ni. xpe kita pelan2 belajar ye :)

ahsfantasy24 said...

wah..
nmpak sgt mnarik,
pasti mncuba! :)

nureen said...

saye curi resepi apam dari sini, bole ta? hehehehe..

http://gataljaribelog.blogspot.com/2011/06/mari-membuat-kuih.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com