Tinggal yang last baru teringat nak ambik gambar. Dah kena berebut dengan Nadhirah |
buruk sungguh rupanya, xpe kita simpan utk compare kalau lepas ni nak buat lagi |
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 hingga 1 1/2 cawan air
1 sudu besar marjerinGaram secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
Campur minyak masak
Campur marjerin
Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)
Tinggalkan selama 2 jam.
Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.
PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais
Fakhri dah 2 hari tak nak makan tapi tadi bila suapkan roti ni nak pulak dia. Rasa nak menitik air mata tengok dia makan jugak akhirnya walaupun xbanyak. Cepat sembuh dik ye!
6 comments:
kak pi!. terernye buat roti canai. senang tak menebar tuh. aduhai, pagi2 sarapan roti canai mmg terliur jawabnye. teringat plak beli kat kedai mamak. sy order roti canai 4kpg kat, deliver soton yek hehehe...
salam kak.. kami kat sini ada roti canai segera ita beli je selalunya.. hihihi kes malas la ni....
siannya fakhri demam.. kalau anak tak sihat susah hatikan kak
intan, mana ada terer..tp terliur pya pasal tarikkkk je lebar2. heee
ita, biasa kp pun beli tp sbbb nak letak telur pagi td berannikan diri.tp tula sbb ank demam kan, ala kadar jela
fahri cpt sembuh ye...rajin2 mkn ubat
cik bonjit
cik bonjit, ahamdulillah Fakhri dah sembuh dah. tp semalam gi klinik kena 3lg inject imunisasi. takut jugak kalau demam balik nih
Post a Comment