Majlis Tazkirah & Berbuka Puasa



Assalamualaikum.. Hari Khamis lepas sempena bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi kita Muhammad SAW pihak MSCLiv telah menganjurkan majlis tazkirah dan berbuka puasa. Kali ini aktivitinya dijalankan disetiap kampung. Oleh kerana kedudukan kami yang agak jauh sedikit daripada kampung sepatutnya jadi ayah cadangkan sebahagian kecil kawan-kawan yang tinggal hampir untuk adakan majlis tersebut di rumah kami. Tak ramai pun sebenarnya, hanya 4 keluarga termasuk kami. Sedang elokla untuk saiz rumah kami yg comel ni.
 Malam tu lepas berbuka ala kadar ( hidangan pot luck ) dan solat Maghrib berjemaah kami sama-sama membaca Surah Yasin, Tahlil dan tazkirah mengenai Baginda Rasul.








Alhamdulillah dalam serba kekurangan majlis kami sekurang-kurangnya dapat juga kami mengambil sedikit keberkatan dalam usaha untuk memperbaiki diri dengan mengenali,menghayati dan mengamalkan sunnah-sunnah Baginda. Mudah-mudahan amalan yang sedikit ini mampu mendapat syafaat Rasululullah di akhirat kelak. InsyaAllah.
kakak seronok sangat dapat main dengan Damia

si Fakhri asyik pusing sana pusing sini ngan baju yang
baru tokki johor kirim, ole-ole dari Mekah
Jangan haraple nak pegang2 dia..sebab tu ibu pegang baby Husna je

2 comments:

Intan Suhana said...

besar jugak ye rumah kak pi..selesa. kat soton mahal lerr =(. bile la nak jenguk liverpool ni hehe...

cucu nenek di liverpool said...

intan, mungkin sbb kitchen tu open tu yg nmpk besar tu tp okla, selesala bg kami berempat. dtg summer nila intan. kasi all out!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com