Roti Poket

Selamat malam, sementara tunggu Abg BM ( skrg dah ada BM tu, jgn tak tau. hehehe) siap buat Roti Coklat rasa rajin pulak nak masukkan entri Roti Poket yang dibuat pagi tadi. Tak sabar nak tengok roti coklat tu jadi ke tidak, kalau jadi nanti bolehla simpan dlm blog buat kenangan 1st time buat roti (adun & masak sekali) guna BM
 

Berbalik pada roti poket, pagi tadi semangat nak cuba resepi ni utk bekal kakak dan ayah. Selalu duk ulang menu sama je setiap minggu, naik jemu jadinya. Kalau yang masak jemu yg makan ...?
Tengok pada resepinya lebih kurang mcm nak buat sandwich juga tapi yang ni lain sikit sebab rotinya tu yang berpoket. Jumpa resepi ni kat blog inaku79 terus berkenan nak cuba. So saya simpan resepinya ye ina. TQ banyak-banyak. 
Ni bekal untuk ayah. letak bawang sikit je, sbb org ni tak suka mkn bwg mentah

RESEPI ROTI POKET
Bahan-bahan
Serbuk roti
Mayonis
Cream cheese
Lada sulah / lada hitam
Ayam
Bawang Besar hiris
Cili Benggala potong dadu
Daun salad
Roti Gardenia jgn lupa.

Cara-cara (roti):
Lapiskan dua roti
Gelekkan dgn kayu penggelek sampai nipis.. tak der penggelek botol sos pon boleh.
Gunakan Acuan bulat (kalau ikut gmbr deme guna tutup thermos, tin pon boleh) utk memotong roti.
Celupkan dlm telur n serbuk roti n gorengkan hingga kuning keemasan. Confirm akan menggelembung.
Toskan.

Cara-cara- (Inti) :
Tumiskan bawang
Masukkan cili benggala
Masukkan ayam n lada sulah/lada hitam
Masukkan mayonis & Cream cheese
Kacau2.. rasa.. kalu tak cukup garam tambah lah yer..


6 comments:

Intan Suhana said...

BM?? Wah, akak dah ada breadmaker ke. Adoi, lg hebatla percubaan meroti akak lepas ni hihi. Jeles nih...
Cantik roti poket tu, tp sy xdpt bayangla kak camne leh jd poket guna roti sandwich tu. Kene belajar ni. Nmpk sgt takde bakat hehe...

inaku79 said...

best kan roti ni... saya pun kebas resepi org jgk... hehehe... sharing is caring! gitew... waaah... dh ada bm skrg... jgn lupa posing roti cokelat nanti, pastu hantar ke oklen sket yer... hehehehe....

Juwita Jamaludin said...

salam kak pi.. wajib cuba roti ni nampak mudah buat poket tu. dah ada BM leh la meroti je tapi buakan Bm ni buat roti je kerja2 menguli pun jadi mudah betul tak.. selamat mengunakan BM sepenuhnya

cucu nenek di liverpool said...

intan, mmg harus hebatla kalau tak sebrg permintaan lain lps ni takakan dilayan.
intan ikut step tu mst jd poket tu intan.

cucu nenek di liverpool said...

ina, ha a bestkan sbb inti poket tu leh tukar2 ikut kemampuan poket kita. hehehe..tq2

cucu nenek di liverpool said...

ita, betul ckp ita. dpat je BM tu terus kp suh uli kopok lekor. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com