Percubaan meroti

Ini cerita minggu lepas sebenarnya, punyala terliur tengok roti kentang kat blog femes, Cik Mat Gebu terus semangat nak buat roti. Memang roti peberet pun sebenarnya. Dulu waktu kat Malaysia kalau pergi Tesco je mesti beli potato bread ni. Walaupun tak ada BM kugagahkan jua tangan 2 belah ni menguli..

  

Sebelum bakar
selepas bakar
belum sempat ambik gambar dah hilang satu.
Ada 'bapak tikus' ambik agaknya.

Terima kasih pada tuan punya resepi ni, Cik Mat Gebu. Balik nanti nampak gaya dah tak lakula roti kat Tesco tu. He..he.. Saya simpan resepi ni ye.

Bahan Doh :-)
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA:-)
1.UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.

2.Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.

3.CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.

4.UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...


 

4 comments:

Nieza said...

Assalam, wah sedap bun ni...saya pun lum cuba lagi ni..:)

inaku79 said...

rajinnya mnguli, hehe. tak penah try lg resepi ni. nti klu mood meroti dtg boleh la cuba.. ;)

Intan Suhana said...

roti ni mmg dlm waiting list experiment dapur saya hahaha. syok je tgk roti tu naik dlm oven kan...

cucu nenek di liverpool said...

Nieza,
w'salam..bun ni semua org suka kan

ina
cuba jgn xcuba. xcuba kalu telan air liur jela jwbnya. ;)

intan,
kp buat tak segebu roti kat TESCO tu tp bolehla

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com