Selamat Datang 2011!

Assalamualaikum, wah!! lama betul tak jenguk blog ni. Dah seminggu masuk ke tahun 2011 baru malam ni berkesempatan menulis sesuatu di bog. Sebenarnya elok je cuti sekolah Nadhirah bermula 17 hb Disember tempohari saya terus demam. Lepas 3,4 hari si adik, Fakhri pulak demam kemudian berjangkit kat ayah pula.
Tak pernah saya mengalami selsema yang sangat teruk sehinggakan minum air sesudu pun hampir lemas jadinya sebab hidung tersumbat yang amat dasyat. Hampir 2 minggu kami demam, rumah bagai dilanda todak, masak pun sekadar yang perlu je untuk alas perut. Hanya Nadhira yang mampu bertahan dengan cuaca di musim sejuk yang pertama kami di sini.

Lepas baik demam mood nak beronline memang tak ada lansung. Nak jeling pun malas. Kelmarin sekolah dah buka Nadhirah pun dah seronok jumpa kawan2 balik tapi semalam bangun pagi tiba-tiba raa badan dia panas, check suhu 38.6C. Huhu! Akhirnya kakak pun demam jugak. Padanla dia demam tak saing kitorang, kalau tidak naya jadinya. Sekejap2 muntah, lansung tak lalu nak makan. Minum susu je. Itupun muntah juga. Bila bagitau Doktor dia cadangkan banyakkan minum air dan jus berbanding susu sebab susu agak 'strong' time2 demam ni. Padanla Nadhirah asyik muntah je lepas minum susu.
Hari nipun Nadhirah masih lagi baring je. Kesian kakak. Mudah-mudahan kakak cepat sembuh ye, boleh pergi sekolah jumpa kawan-kawan.

Dinner kami kejap tadi dengan laksa penang

Apam dot dot kononnya nak tarik minat kakak untuk makan tapi tak laku jugak.
Resepi laksa penang.. dari myresepi. Sedap betul resepi ni. First time cuba hasilnya..mmmmuuahh, sedappp!
Bahan-bahan ( 4 org mkn )
• Ikan sardin 1/2 kilo
• Ikan sardin tin kecil (cap ayam atau cap king cup bertujuan utk memekatkan kuah laksa dan lebih sedap)
• Bwg Merah (5 ulas)
• Belacan (sebesar ibu jari)
• Cili kering (segenggam) atau cili giling(4 sudu atau ikut citarasa)
• Bwg Besar (dimayang halus)
• Timun
• Cili masak atau cili padi
• Daun Salad
• Telur Rebus
• Laksa Kering atau Laksa basah (sebungkus)
• Daun Kesum dan Bunga Kantan
• Limau Nipis

Cara-cara
1. Rebus ikan sardin mentah dan asingkan isi nya dr tulang (air rebusan jgn dibuang)
2. Blender bwg merah, belacan,cili kering (sekiranya cili giling tk payah blender hanya campurkan terus dlm kuah nanti)
3. Masukkan bahan blender ke dlm periuk bersama air rebusan ikan serta asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan
4. Blender ikan sardin yg diasingkan tulangnya bersama ikan sardin tin(sos ikan sardin tin dicampurkan sekali)
5. Blender tulang ikan(jgn terlalu halus)utk menambah rase manis kuah tapiskan airnya ke dlm periuk td
6. Kemudian masak kuah hingga menggelegak dan masukkan garam secukup rasa
7. Boleh la dihidangkan dan ditabur bwg besar,timun,cili, limau nipis, daun salad (sekiranya suka boleh di makan bersama petis udang)

Resepi apam dot dot
di copy dari blog juwitafariz. Kak p salin ita ye TQ.
Bahan-bahan
•3 biji telur - dari peti sejuk
•275 gm tepung gandum
•220 gm gula halus
•150gm susu segar
•3 sudu teh baking powder
•1 sudu kecil ovallete
•Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
•Pewarna
•sedikit esen vanilla

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4.Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5.Picitkan blueberry filling secukupnya.
6.Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7.Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. jangan buka api besar kalau tak jadi apam mekar.

3 comments:

Intan Suhana said...

salam kak. selamat berblogging semula hihi, rindu kt cerita akak. siannya satu rumah dilanda demam, tmbh2 lg kalo budak yg sakit. get well soon kakak...

Intan Suhana said...

kak, nak tanyela. kat mana nak beli ovallate tu ye. sy belum pernah lagi baking pkai ovallate...

Anonymous said...

Saya sangat suka situs Anda. Excellent konten. Silakan lanjutkan posting cotent mendalam tersebut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com