winter nan panjang..

Betul! Rasa panjang sungguh musim sejuk ni. Bukan nak mengeluh tapi apakan daya saya insan biasa, bila diuji saban masa kadang-kadang hilang semangat jadinya. Semenjak bumi Liverpool dilitupi salji kami sekeluarga bergilir-gilir demam, batuk, sakit tekak dan selsema yang teruk. Tidur malam tak menentu, tak tidur pun ada. Selepas hampir sebulan ingatkan semua tu dah berakhir rupanya kejadian sama berulang lagi cuma kali ni saya terkecuali. Baru 2 hari lepas rasanya keadaan menjadi normal balik. Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga padaMu Ya Allah. Mudah-mudahan Kau hapuskan dosa-dosa kami.

kakak, 2hari pertama asyik muntah, xnak makan apa2 bila tanya ada nak apa2 ke dia jawab, i just want to stay in bed. So 2 hari tak keluar bilik, even cuaca sejuk tp xnak selimut lepas dipujuk barulah nak tapi dengan kain pelekat TOKKI je. Time paling sedih bila saya ckp bdn dia panas sangat dengan lemahnya dia cakap 'what can i do to cool it down?' saya cakap kakak dah bagus, dah mkn ubat dah. Nanti kakak doalah mintak dgn Allah bagi kakak sembuh ye..' mmg suhu dia panas sgt 39C keatas aje.
2 minggu jugak tak pergi sekolah ni.
si Adik pulak, baru baik demam berjangkit pulak dengan kakak. Susahnya nak makan ubat budak bertuah ni. Mungkin sebab dah muak agaknya

bawak jumpa doktor lagi kali ni doktor sarankan boleh bagi paracetamol+ibuprofen serentak kalau nak. Dah seminggu bagi paracetamol tengok suhu tak turun2 akhirnya saya bagi 2-2 ubat tu. Sudahnya..berak2 pulak..


Dalam sehari 7-8 kali buang air besar hinggakan merah2 kawasan bawah tu. Lagila dia meragam, bila dah kerap berak, tambah pulak kurang minum air bibir dia pecah teruk. Setiap kali dia menangis berlumuran darah dimulut. Benda ni cepat je jadi, selepas 1 hari dia asyik buang air besar tu bangun tidur esoknya bibir dia dah jadi macam ni.
Alhamdulillah, lepas sapu Vaselin 2 hari barula elok.
 Ayah budak-budak ni pun demam teruk jugak kali ni. Hari pertama demam ayah minta cuti dengan supervisor, hari kedua telefon minta cuti lagi akhirnya supervisor baik hati bagi cuti seminggu suruh berehat kat rumah. Alhamdulillah. Mudah-mudahan entri kali ni menjadi peringatan dan pengajaran untuk kami menghadapi winter yang akan datang.

'YA ALLAH YA ROHMAN YA ROHIM,
BERILAH KAMI KESIHATAN YANG BERPANJANGAN'
AMIIN




4 comments:

Idayu said...

take care yea piah sekeluarga..odaijini!

Intan Suhana said...

teruk gak experience family akak time winter ni. mmg rase tak sabar masuk season baru. harap sumenye cepat sembuh...lepas ni bleh well-prepared utk next winter...

cucu nenek di liverpool said...

k.ayu,
thanxx..hehe pe maksud odaijini tu kak. tak sempat nak check kat kamus en.google lg ni

cucu nenek di liverpool said...

intan,
memamg intan. sukar utk diceritakan. pendek citernya rasa nak kemas beg balik mesia je. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com