Kuih Kaswi

Assalamualaikum pada semua yang sedang membaca entri ini. Rasanya ini kali kedua saya mencuba resepi kuih kaswi. Yang pertama dulu versi pejal, yang ini versi lembut dan sangat sedap bagi tekak saya. Nak buatnya pun sangatla mudah. Tapi maaf warnanya agak kurang menyerlah sebab nak jimatkan penggunaan gula melaka sebenarnya. Terpaksa campurkan dengan gula perang. Nanti dah balik Malaysia baru boleh 100% ikut resepi.
Resepi ni saya ambil dari Face Book page Kongsi Resepi. Jadi tak boleh nak link kan ke sourcenya. Tuan punya resepi nama Ina Ana, saya dah minta tag dan harapnya kak Ina Ana izinkan saya salin di sini.

Bahan-bahan
6 cwn air
3 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi
1/2 st kapur makan
1 cwn gula merah
6 sudu besar gula pasir / terpulang
1 biji telur

Cara-cara
Sapukan sedikit minyak pada loyang.
Masukkan semua bahan dalam blender, kisar dan tapiskan ke dalam loyang
Kukus dalam anggaran 1/2 jam


6 comments:

Juwita Jamaludin said...

Salam kak pi.. Ita acuan kaswi kecil2 tu ada tp x buat2 lagi kak... Ada yg kata nak kuatkan warna leh letak kucap sikut tul ke... Hihihi..:)

cucu nenek di liverpool said...

Wsalam ita, Tula kan kp Ada baca gak dan mmg letak pun tp xberani letak byk, letak 2sudu besar je takut rasa pelik pulak nnt. Tp Ada kawan yg bisnes kuih kat sini cakap dia campurkan coklat masak. Mmg sedap kaswi yg akak tu buat. Ita cubala nnt

Amie said...

adeeeehhh... kuih tu dah lama tak jumpa / makan... salam kenal dr kak amie

cucu nenek di liverpool said...

k.amie, salam kenal juga kak. Tq sudi jalan2 blog saya. Sedap resepi ni kak :)

Intan Suhana Mohamad Rahim said...

sy xpernah lg beli tpg ubi kat sini, dalam english ape yek. pastu kn kak pi, air kapur tu camne nk cari..

Intan Suhana Mohamad Rahim said...

eh, sori. bkn air kapur. maksud sy kapur makan. pastu kan, tepung ubi tu tapioca flour kan. kalo tapioca starch tu sama ke tak kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com