Royal Wedding

Assalamualaikum. Rasanya 1 dunia dah tahu tentang pernikahan diraja Prince William & Kate Middleton kan? Kami di Liverpool ni merasa jugakla kemeriahan dan aura wedding ni. Semenjak diisytiharkan pertunangan diorang hari tu banyakla cenderahati seperti pinggan, duit syiling hatta penutup jamban sekalipun tertera gambar pasangan ini. Bagi meraikan perkahwinan diraja tersebut, hari Khamis sehari sebelum hari perkahwinan majoriti seluruh sekolah rendah di UK mengadakan lunch party dan murid-murid diingatkan untuk berpakaian formal warna putih, merah atau biru.
kakak tak sabar nak gi sekolah pagi tu as a princess :)

bersama geng-geng Malaysian

with her classmates


balik sekolah terus tak nak pakai jaket dah, panass!
 hari Jumaat tu kami sekeluarga duk kat rumah je tengok "live" wedding kat TV.


dapat jugak tengok Sultan Mizan dan isteri dicelah-celah tetamu yang ramai. Nampak tak?


hari ni, Sabtu kami tak keluar kemana-mana jugak walaupun hari Isnin ni cuti sebenarnya. Kami cuma menjemput sahabat-sahabat yang baru sampai dari Malaysia awal bulan April baru-baru ini iaitu Yana dan famili, Han Seng dan Lim. Mereka adalah pelajar post grad dari UM yang akan berada di Liverpool selama 18 bulan sahaja. Saja jemput diorang untuk berkenal-kenalan dan makan tengahari sekali


2 comments:

Juwita Jamaludin said...

comelnya nadirah.. mcm princess.. suka gk gayanya.. :)

Cik Sue said...

comeinya kakak jadi princess...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com