Mcmne puasa kat Liverpool? Yg beza cuma waktu siangnye je yg panjang. Hari pertama puasa mula pukul 3 pagi maghrib kul 9. Nasib baik maghrib dah semakin awal. 1st time saya puasa ganti kat sini dulu mula kul 2pagi maghrib 9.30. masuk pukul 9malam 1badan berpeluh. Fuh!!
Hari pertama puasa Nadhirah sahur pukul 9pagi. Pastu dia kata nak makan banana kejap. Bila saya tanya "kakak kata nak puasa?" Dia jawab "nak puasa kenalah sahur, sahur tu kan makannn...kita sahur 3 kalila memang.." Mmm..sampai ke Maghribla dia sahur jawabnya. Berbuka petang tu ingat nak gi beli kat Bazar Ramadhan je tapi puas Google cari lokasi semua kat Malaysia je..hihihihik! Terpaksala sinsing lengan baju kelim karipap n wat mee kari sebagai pembuka tirai Ramadhan kami. Makan yg simple2 je sbb 2,3 jam lg dah nak sahur pulak. Org Malaysia mesti buka ngan macam2 nih. Jeles betul.
Xbest pulak xde gambar2 kan, xpela kali ni tengok gambar ni je. Nila rupanya pemandangan dari tingkap rumah kami pada waktu ni, 5.45pagi. Rumah kami tak menghadap jalan tapi belakang bangunan. Hari2 Fakhri duk kira burung atas bangunan tu tapi sekor burung pun dah takde, seme dah masuk opis.
Yang ni pulak pokok kesom dan lavender. Dekat sebulan pokok kesom tu semai dalam air je sbb xde tanah, baru seminggu dapat tanah tu, tengok pagi ni dah keluar tunas 2 tempat. Alhamdulillah. Pokok lavender tu pulak saya tanam konon nak bagi wangi ini rumah tapi ntah lavender jenis apa ni ntah bunga dia keluar cinonet2 je ujung2 tangkai tu.
0 comments:
Post a Comment