Pagi-pagi lagi hujan dah turun kat Liverpool ni. Ayah Nadhirah 15minit sebelum pukul 6 tadi dah keluar pergi kerja. Biasanya masa nilah saya prepare breakfast sekali ngan lunch. Nanti pukul 9 Fazlli balik baru breakfast sama-sama. Nadhirah dan Fakhri pun dah bangun masa ni, sempatla diorang main2 dengan ayah sekejap sebab biasanya dlm pukul 10 ayah diorang dah siap2 nak pegi universiti pulak.
Sepanjang ayah diorang kat uni kami bertiga habiskan waktu seharian kat rumah. Waktu mula2 sampai dulu memang terasa sangat kebosanannya, rasa mcm nak pecah kepala sebab bosan dan sunyi yang teramat sementara nak tunggu pukul 7/8mlm Fazlli balik. Tapi sekarang rasa macam sekejap je, buat itu, buat ini tup2 dah dengar bunyi ayah diorang balik bukak pintu. heee.....
Tengok Fakhri tu, bukan main lagi tidur meniarap dlm buaian.
Tengahari biasanya Nadhirah akan baca buku (dipaksa baca sebenarnya) sekejap. Kesian Nadhirah, baru baca buku Bacalah Anakku yg ke3. Silap saya sbb xajar dia awal2 sbb takut bila dia sekolah nanti dia keliru pulak dengan cara baca bahasa inggeris. Tapi akhirnya saya ajar jugakla baca bahasa malaysia. Pandai2la dia nanti. Budak kan cepat adapt ngan sekeliling.
Fakhri mcm biasala bila kakak dia pegang buku dia pun sebok nak buku jugak. Bila dapat nanti habis lencun buku dia hisap.
Petang barulah Nadhirah ngaji. Dia memang liat sikit mengaji nih, nilah akibatnya bila dah taksub sangat tengok tv. Dulu dia pakai tudung masa ngaji tapi sebab banyak sgt alasan dia, gatal, panasla sekarang ngaji dah xpakai tudung. tapi nak tunggu dia sudahkan 1 muka surat tu bukan main lama lagi sebab bercerita tak berenti2. Mood dia tak elok hari ni, xnak rakam masa ngaji, jadi saya curi2 ambik masa dia dan ayah dia sembahyang.
0 comments:
Post a Comment