Karipap Kentang

Semalam ayah Nadhirah request karipap nak bawa ke lab. Kawan dia dah nak balik Spain jadi diorang pakat buat hi-tea kecil-kecilan sesama diorang. Dah selalu buat karipap sebenarnya sebab kuih ni kuih favourite ayah, siap suruh Cik Ila(adik) poskan sarang sbb malas dah nak mengelim. (xcantik pulak tuh)
Sebab sekarang sesi nak memindahkan koleksi resepi yg dah byk simpan dlm MsWord ke blog jadi buat yang kali ni terpaksala suruh karipap beratur nak ambik gambar. Readyy....


tu dia. Resepi macam biasalah dari k.hana. he..he.Tq kak.

Bahan-bahan
250g tepung gandum (2cwn penuh)
* 2 sudu besar minyak msk
* 2 sudu besar butter@marjerin
* 1 sudu besar shortening
>> * Campurkan semua menjadi 1/4 cawan.
garam
air

Bahan Inti Kentang
5 biji kentang sederhana besar - dipotong dadu
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu makan ikan bilis - kadang saya tukar dgn udang kering
2 sudu makan serbuk kari
saya + cili kering 2 sudu makan sbb kami suka pedas
hirisan daun sup
garam dan gula
air

Roti canai telur

Dalam duk sibuk menjaga Fakhri yang demam ni pagi tadi sempat juga sarapan roti canai, roti telur lawan dengan kari ayam dan sambal ikan bilis. Terima kasih kat ayah yang tolong gorengkan. Ni kes terliur tengok kawan-kawan duk tayang gambar roti canai dalam FB punya pasalla nih. First time buat tambah dengan xreti nak menebarnya pulak. Main tarik-tarik je.. Xpe lain kali boleh cuba lagi guna resepi mudah yang diambil dari blog k.hana. Terima kasih k.hana ye.

Tinggal yang last baru teringat nak ambik gambar.
Dah kena berebut dengan Nadhirah
buruk sungguh rupanya, xpe kita simpan utk compare kalau lepas ni nak buat lagi
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 hingga 1 1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
Campur minyak masak
Campur marjerin
Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)
Tinggalkan selama 2 jam.
Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.

PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais

Fakhri dah 2 hari tak nak makan tapi tadi bila suapkan roti ni nak pulak dia. Rasa nak menitik air mata tengok dia makan jugak akhirnya walaupun xbanyak. Cepat sembuh dik ye!

Moist Choc Cake

4 comments

Saya ni pantang tengok kek-kek coklat ni, tambah yg moist. Dah banyak kali cuba buat ada yang jadi ada xjadi, yang pasti banyak xjadi ler..hehe.. Cuba tengok kat blog ita ni, nampak sedap kan tapi saya buat xbrapa nak naik. Salah teknik kut. Hari ni cuba resepi dari blog k.hana. Alhamdulillah menjadi dan sedap. Resepi saya simpan kat sini untuk kegunaan lain kali.

Bahan-bahan
• 1 cawan tepung gandum
• 1 cawan gula - saya ltk 3/4 cwn je 
• 1/3 cawan serbuk koko
• 1/2 sk baking soda & 1/2 sk soda bikarbonat
• 1 biji telur
• 1/2 cawan butter@ minyak masak - hana gune butter - saya pun
• 1/2 cawan buttermilk@ susu segar - hana gune susu perisa coklat - saya guna fresh milk
• 1sk esen vanila
• 1/2 cawan air panas
• 1/4 cawan susu pekat - resepi asal xde

Cara-cara
• Panaskan oven 300 degree F. Griskan loyang 7x11inci dengan butter.
• Ayak tepung dan baking soda@powder ke dalam mangkuk.Ketepikan.
• Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan pukul lagi. - step ni saya guna mixer
• Masukkan buttermilk/susu dan serbuk koko. Kacau sebati. - step ni dan seterusnya guna senduk kayu je
• Masukkan air panas dan esen vanila.
• Akhir sekali masukkan tepung yang di ayak tadi dan mix sebati.
- saya tapiskan dulu adunan ni baru .. 
• Masukkan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 30-35min atau sehingga kek masak. - hana kukus.
• Sejukkan di atas redai dan tuang topping@ganache kegemaran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com