Fakhri si cucu nenek

Lama dah xcerita pasal Fakhri kat blog ni padahal nama blog cucunenek. Mak dia pulak yang duk interprem lebih. Hehe.. maafla nenek2 n tokki2 ye.

Eh nenek dan tokki Johor tak ada kat kampung sekarang, baru tadi dapat call dari tokki. Sekarang dalam perjalanan ke Arafah untuk wukuf. Tokki mintak Fakhri doakan agar urusan Haji tokki, nenek dan nek we berjalan lancar. Insya Allah, kami doakan semoga semuanya dipermudahkan dan mendapat haji mabrur ye, amiin.
Fakhri ni dah nak masuk setahun sebulan tapi belum pandai jalan lagi. Kalau ikut kakak dulu setahun 3 bulan baru jalan. Tiba2 bangun jalan atas sejadah ayah dia waktu solat Maghrib. Adiknya tak taulah. Gigi bawah dah tumbuh 2 batang sejak umur 8 bulan. Sampai sekarang mantain 2 batang tu.

Hobi Fakhri yang pertama tolong ibu kemas rumah. Sama-sama bangun pagi ngan ibu, sementara ibu masak dia tolong chek inventori ibu cukup ke tak.





Hobi yang kedua tengok tv dan kartun dlm laptop



Kakaknya dah tidur, yang adiknya ni xtaula bila nak masuk tidur.
Semenjak datang sini sampailah sekarang dia memang suka betul tengok video lagu ni. Kalau dah pasang lagu ni mata dia xberkelip2. Tangah meragam pun boleh jadi baik tiba-tiba. He.he.. nila dia video lagu fav Fakhri, layanzzzzz....

cheese lagi

3 comments
Perasan x kat resepi blueberry cheese tart tu ada pakai whipping cream kan. Saya beli 1 botol yang 300ml tu tapi resepinya guna 2 sudu besar je lebih kurg. Ish3! Terpaksala buat projek lain kalau x rugi sbb cepat expired. Belek2 kat myresepi jumpa resepi cheese cake ni.

Nadhirah suka betul kek ni siap menangis sbb ayah habiskan potongan terakhir tu
Senang sangat rupanya buat cheese kek ni, tak payah risau takut xjadi ke apa memang akan menjadi. hee.. lain kali ibu buat lagi kakak ye..sian dia nangis hari tu.  Ni resepinya.

Bahan-bahan ( 18 cm )


250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt  - yg ni saya tukar ngan double cream baki resepi cheese tart tu
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum - sbb pakai double cream so yg ni guna 2 sudu je 
2 biji telur
90g gula

Cara-cara
1.Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper) 2.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3.Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4.Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus. - step ni saya skip sbb guna api bawah je
5.Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
6. Masa nak makan saya curah sos mulberry (straw+blue+raspberry) atas kek untuk mendapatkan rasa kek yg WALLAAAAA.. gitu.

Punyala jakun...

Manakan x, seumur hidup xpernah makan cheese tart. Masuk blog ita nampak menyelerakan, tengok blog k.nor mm..meleleh, jenguk blog k.yani..fuh! Sedap sgt ke tat ni, selalu mkn tat telur je . So on 1 fine day projek pun bermula


mm..memang sedapla. walaupun rupa xseberapa sbb pakai mould silicon je. Pada cikmi yg suka cheese tu bolela try buat ye.. resepi leh tengok kat blog k.nor sbb guna susu tepung. Kesian tengok sample susu yg org bagi tu xberusik-usik. Tak boleh nak copy kat sini resepinya. Tak taulah kenapa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com