Rezekiiii...Alhamdulillah..

Salam..pagi tadi lepas masak sarapan dan lauk untuk bekal ayah kemudian siapkan si kakak untuk ke sekolah tiba-tiba Ayah dapat SMS dari kawan tanya nak ketam ke tak? Rupanya semalam masa kawan tu (Saiful) bawa Dekan dan Timbalan Canselor (dari Universiti Malaysia Terengganu yang datang ke Liverpool John Moores University utk tandatangan MoU) melawat Bangor diorang sempat singgah memancing ketam.
Apalagi, bak kata Ayah kecik tapak tangan kuali besar kami tadahkan ler jawabnya..
 Sejak duduk Liverpool ni, inilah kali pertama kami makan ketam fresh. Bergerak2 lagi ketam tu masa saya duk sental kulit dia. Tetiba teringat filem lama lakonan Hamid Gurkha duk berus gigi ikan! hehe
Oleh sebab pagi tu dah masak Ayam Sambal jadi pikir2 masak lemak cili padi jelah ketam ni. Anak2 pun boleh merasa sekali kan. Tambah pulak si Adik memang suka kalau masak lemak.
shoot live dari kuali takut nnt lupa dan..yess..
memang tepat seperti yg dijangka tulang dah penuh 1 mangkuk baru teringat nak snap, APALAAA
Terima kasihla banyak-banyak kat Saiful dan Rosni yang ingat juga kat kitorang ye. Terima kasih daun keladi ye adik2 :)) 


Kuih Lompat Tikam


Assalamualaikum wrt.. Semoga yang sedang membaca ni semua ceria selalu macam saya sekarang ni :))))))
Tengok bukan main meleret lagi senyuman saya dapat makan lompat tikam yang selama ini diidam-idamkan. Ini adalah percubaan kali ke lima saya setelah 4 percubaan sebelumnya terpaksa di tong sampahkan. Opps..kalau dah tertongsampahkan tu maksudnya..err..ngerila tu kejadian rasanya.
Kali ini saya guna resepi dari kak fida yang diambil dari myresepi. Ikutkan memangla resepi lompat tikam ni simple dan sama je bahan-bahannya tapi sukatannya tu yang membezakan rasa. So terima kasih banyak-banyak pada kak fida kerana menghasilkan resepi yang sangat sedap dan sesuai dengan tekak saya ni ye. Mohon simpan disini ye kak ye 
Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil )

*Lapisan bawah :-
62 g tepung beras ( 8 sb )
660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )
62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau
1/2 sk garam
1 sk air kapur

*Lapisan atas :-
25 g tepung beras ( 3 sb )
600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
1/2 sk garam

*Air gula :-
250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus)
500 ml air ( 2 cwn )
1 helai daun pandan - di simpul

Cara-cara
1.Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.
2.Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
3.Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
4.Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.
*Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan.
 

Kek Tiramisu Simple

1 comments
Salam.. Maaf, bukan nak cerita pasal resepi tiramisu ye sbb saya dah pernah simpan resepi kek ni sebelum ini. Kalau nak tengok boleh klik disini. Cuma saya baru perasan rupa-rupanya saya tak simpan resepi kek sponge yang saya gunakan untuk buat kejadian tiramisu itu hari. Bila nak buat untuk harijadi ayah baru-baru ni terkial-kial saya search dalam internet tak jumpa2 tapi nasib baik saya ada tulis dalam buku nota. (dulu xde blog dan xde iphone jadi selalu catat dlm buku nota je :) )
Xnak pisang berbuah lagi sekali dan sebelum buku tu hilang ke apa baik saya simpan disini. Kannn..

KEK SPAN
Bahan-bahan
150 g tepung super fine (saya guna tepung gandum je)
150 g gula kastor
5 biji telur
1 sb ovalette
80 ml air
80 ml minyak / mentega cair
1 st baking powder
1 st esen vanila

Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 150-180 oC dan gliskan loyang 8"
Pukul gula, ovalette, telur, tepung dan baking powder dalam mangkuk adunan sehingga pekat dan gebu lebihkurang 5 minit pada kelajuan tinggi
Perlahankan sambil masukkan air dan esen vanila dan pukul lagi sehingga adunan betul2 ringan
Tuang minyak dan gaulkan dengan senduk guna kaedah kaupbalik
Masukkan aduanan dalam loyang dan bakar selama 45 minit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com