Roti Bebola Bergula

0 comments
 kali ni wat roti saiz besar letak dlm tray muffin

Sejak try roti ni memang terus jadi roti peberet. Sebabnya? Bahan-bahannya yg mudah dan sgt basic, tak perlu guna telur pun tapi still sedap dan gebu. Sesuai untuk minum petang. Tq pada inaku79 yang berjaya memancing minatku untuk mencuba roti ni. Saya copy n paste disini ye (tp rasanya dah hapal dah resepi ni sbb dah byk kali buat :) )
surface xlawa, berus nak sapu butter tak beli2 lagi masa buat ni

Bahan-bahan (26 biji)

• 200g tepung roti *
• 4g yis kering *
• 20g gula halus *
• 3g garam *
• 10g skim milk *
• 20g shortening *
• 130cc air *
• mentega dan gula halus secukupnya

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan-bahan bertanda * ke dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat kulit roti / doh. Tekan butang 'ON'

2. Bila dah siap, keluarkan dari breadmaker. Tekan adunan untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 26. Buatlah bentuk bulat.

3. Biarkan roti naik 2 kali ganda.

4. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 12-15 minit.

5. Bila dah masak, sapukan dengan mentega dan taburkan dengan gula.

Cerita Hujung Minggu III - Ahad

assalamualaikum..hehehe..dah 2x hujung minggu berlalu baru nak sambung citer. Memang malas tahap apa dah tuan punya blog ni. Semenjak beronline kut telepon ni memang malas sangat2 rasanya nak onkan lappy. Tapi sbb nak simpan kenangan punya pasal terpaksala kumpulkan sisa2 kerajinan yg ada.

Ok, masa Ayah pusing-pusing sekitar bandar Liverpool ibu ngan kakak kat rumah duk prepare nak buat popia. Malam tu Ayah pulak tolong ibu gulung popia sebab nak bawa ke rumah supervisor ayah. Sebenarnya kami beserta family labmate ayah yang lain diundang ke rumah supervisor iaitu Prof Dr Emil Levi.

Esoknya, kami beserta keluarga Pak Wahyu dan Ibu Dewi (dari Bali Indonesia, beragama Hindu), Mohan (dari India) dan Obrad (dari Serbia) berkumpul di Liverpool Lime Station untuk menaiki train ke rumah prof. Kami sampai lebih kurang pukul 4 petang disambut oleh prof dan isteri (sebab lambat sgt masuk entri dah lupa sape nama isteri prof. HAHAHA). Kat dalam rumah dah sedia menanti Dr.Martin (second supervisor dari England) dan isteri bersama seorang lagi student final year dari Spain (pun dah lupa sape nama..apala..)

Tujuan utama prof menjemput kami semua sebenarnya adalah untuk berkenal-kenalan, maka sebaik sampai pukul 4 petang hingga pukul 8 malam tu memang akiviti berbual dan makan jela kerjanya. Elok juga ada buat mcm ni dapatla saya berkenalan dengan semua. ok layan gambar mana yg ada, mcm biasa kitorg ni bukan rajin sgt nak ambik2 gambar kalau ada aktiviti ke apa2 ke.. hehe..malas lagiik!
seronok kakak dapat berjalan

tunggu si uncle nandy datang

nadhirah time ada mood nak bergambar. layankan aje


area rumah prof. ada pantai dekat kwsn ni tapi tak dan nak pusing

fakhri dah mengamuk dah sebab dah lewat sejam dr waktu tidur dia.

with isteri Dr Martin n final year student

with Prof Emil Levi. Tak sempat tunggu isteri dia sbb Fakhti dah ngamuk sesangat

on the way back, tunggu train. Fakhri dah menguap :)

Cerita Hujung Minggu ll (Sabtu)

Pagi sabtu ni kami ke Carboot Sale  (CS) lagi, bertempat di St John Cathederal, lebih kurang 15 minit jalan kaki daripada rumah kami. CS ni diadakan pada hari Sabtu minggu kedua setiap bulan tapi taklah sebesar CS ditempat-tempat lain.
kesian adik, pagi2 dah kena paksa bangun, sudahnya tido dlm stroller
ant kwsn parking universiti. cantik kan?
nila tempat yg kami nak pergi

on the way back, tadi ayah datang tak saing kitorg. balik baru saing
di bangunan belakang tu lah letaknya CS tadi.
pada petangnya ayah pusing-pusing sekitar bandar Liverpool. Saja nak test basikalnya kut. Tengokkan pada gambar-gambarnya boleh tahan jauh jugak kayuhan ayah ni. Kami tak ikut sebab ada misi lain menanti kat rumah. Misi lain..? Jeng3!
hehe..basikal tua ayah yg byk berjasa,..

So, inila antara bangunan-bangunan yang terdapat di bandar Liverpool ni. Cantik kan? Agaknya kalau yang ambik gambar ni org yang pro mesti lagi lawa gambarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com