Cerita Hujung Minggu III - Ahad

assalamualaikum..hehehe..dah 2x hujung minggu berlalu baru nak sambung citer. Memang malas tahap apa dah tuan punya blog ni. Semenjak beronline kut telepon ni memang malas sangat2 rasanya nak onkan lappy. Tapi sbb nak simpan kenangan punya pasal terpaksala kumpulkan sisa2 kerajinan yg ada.

Ok, masa Ayah pusing-pusing sekitar bandar Liverpool ibu ngan kakak kat rumah duk prepare nak buat popia. Malam tu Ayah pulak tolong ibu gulung popia sebab nak bawa ke rumah supervisor ayah. Sebenarnya kami beserta family labmate ayah yang lain diundang ke rumah supervisor iaitu Prof Dr Emil Levi.

Esoknya, kami beserta keluarga Pak Wahyu dan Ibu Dewi (dari Bali Indonesia, beragama Hindu), Mohan (dari India) dan Obrad (dari Serbia) berkumpul di Liverpool Lime Station untuk menaiki train ke rumah prof. Kami sampai lebih kurang pukul 4 petang disambut oleh prof dan isteri (sebab lambat sgt masuk entri dah lupa sape nama isteri prof. HAHAHA). Kat dalam rumah dah sedia menanti Dr.Martin (second supervisor dari England) dan isteri bersama seorang lagi student final year dari Spain (pun dah lupa sape nama..apala..)

Tujuan utama prof menjemput kami semua sebenarnya adalah untuk berkenal-kenalan, maka sebaik sampai pukul 4 petang hingga pukul 8 malam tu memang akiviti berbual dan makan jela kerjanya. Elok juga ada buat mcm ni dapatla saya berkenalan dengan semua. ok layan gambar mana yg ada, mcm biasa kitorg ni bukan rajin sgt nak ambik2 gambar kalau ada aktiviti ke apa2 ke.. hehe..malas lagiik!
seronok kakak dapat berjalan

tunggu si uncle nandy datang

nadhirah time ada mood nak bergambar. layankan aje


area rumah prof. ada pantai dekat kwsn ni tapi tak dan nak pusing

fakhri dah mengamuk dah sebab dah lewat sejam dr waktu tidur dia.

with isteri Dr Martin n final year student

with Prof Emil Levi. Tak sempat tunggu isteri dia sbb Fakhti dah ngamuk sesangat

on the way back, tunggu train. Fakhri dah menguap :)

2 comments:

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. bagusnya supervisor tu siap ajak datang rumah lagi.. seronok macam tu...

Ina Mohamed said...

sapiah, sama la kita klu mood M tu dtg mmg M betul nk update. tp klu dh rajin...habes smua mende nk masukkan...hehehe...

update la lagi, seronok jgk baca pengalaman sapiah. lain org, lain tempat...lain pengalamannya kan... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com