Hasilan BM

mm..semenjak ada BM ni rasanya macam hari-hari nak buat roti. Sampai 1 tahap kena sound dengan en.suami. BIL MELAMBUNG katanya ! Aduuss.. inila antara hasil2 BM yang sempat disnap.

nila dia en.BM tu. walaupun tak segah jenama BM yg lain tapi sesuai sgtle dgn tuannya ni pun.

1st trial is chocolate bread resepi BM. Tak guna tepung roti pun saje nak test tahap kegebuan roti kalau guna BM compare to pakai tangan. ok! not bad



kelako pulak tengok kopok lekor ni, berpintal2 jadinya
try uli kopok lekor pulak. mm..aii like! xyah lenguh2 tgn uli ikan ngan tepung

try buat roti tuna resepi k.yani from myresepi


ni je gambar2 yang sempat di snap, roti2 lain nampaknya tinggal bekas kosong baru teringat nak ambik gambar. Bukan apa, bila dah tengok roti panas2 keluar dari oven tu terus rasa nak NGAPPP je. Yang selalu saya buat ialah roti bergula yang Inaku79 suka buat tu. sedaaaap!!hehehe

Majlis Tazkirah & Berbuka Puasa



Assalamualaikum.. Hari Khamis lepas sempena bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi kita Muhammad SAW pihak MSCLiv telah menganjurkan majlis tazkirah dan berbuka puasa. Kali ini aktivitinya dijalankan disetiap kampung. Oleh kerana kedudukan kami yang agak jauh sedikit daripada kampung sepatutnya jadi ayah cadangkan sebahagian kecil kawan-kawan yang tinggal hampir untuk adakan majlis tersebut di rumah kami. Tak ramai pun sebenarnya, hanya 4 keluarga termasuk kami. Sedang elokla untuk saiz rumah kami yg comel ni.
 Malam tu lepas berbuka ala kadar ( hidangan pot luck ) dan solat Maghrib berjemaah kami sama-sama membaca Surah Yasin, Tahlil dan tazkirah mengenai Baginda Rasul.








Alhamdulillah dalam serba kekurangan majlis kami sekurang-kurangnya dapat juga kami mengambil sedikit keberkatan dalam usaha untuk memperbaiki diri dengan mengenali,menghayati dan mengamalkan sunnah-sunnah Baginda. Mudah-mudahan amalan yang sedikit ini mampu mendapat syafaat Rasululullah di akhirat kelak. InsyaAllah.
kakak seronok sangat dapat main dengan Damia

si Fakhri asyik pusing sana pusing sini ngan baju yang
baru tokki johor kirim, ole-ole dari Mekah
Jangan haraple nak pegang2 dia..sebab tu ibu pegang baby Husna je

TAHNIAH CIK BONJIT !!

gambar hiasan dari SINI

Assalamualaikum. Kami sekeluarga ingin mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' buat
Ahmad Bayazid (adik ipar saya) dan pasangannya Nurul Hasyati
 yang selamat bernikah malam tadi waktu Malaysia di Kuantan Pahang (sebelah perempuan). InsyaAllah, majlis dipihak keluarga kami di Pontian, Johor akan berlansung sebulan selepas ini. Hanya doa yang mampu kami kirimkan dari sini mudah-mudahan segala urusan berjalan lancar dan semoga perkahwinan kalian bahagia berkekalan dan diberkati ALLAH SWT. Amiin..

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib



Tidak lupa juga sekalung tahniah buat mak HAJJAH SITI AISYAH dan ayah HAJI PATKAR di Johor yang mendapat seorang lagi menantu baru dalam keluarga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com