TAHNIAH CIK BONJIT !!

gambar hiasan dari SINI

Assalamualaikum. Kami sekeluarga ingin mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' buat
Ahmad Bayazid (adik ipar saya) dan pasangannya Nurul Hasyati
 yang selamat bernikah malam tadi waktu Malaysia di Kuantan Pahang (sebelah perempuan). InsyaAllah, majlis dipihak keluarga kami di Pontian, Johor akan berlansung sebulan selepas ini. Hanya doa yang mampu kami kirimkan dari sini mudah-mudahan segala urusan berjalan lancar dan semoga perkahwinan kalian bahagia berkekalan dan diberkati ALLAH SWT. Amiin..

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib



Tidak lupa juga sekalung tahniah buat mak HAJJAH SITI AISYAH dan ayah HAJI PATKAR di Johor yang mendapat seorang lagi menantu baru dalam keluarga.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com