Beef Lasagna

 

Kalau diikutkan saya dan ayah Nadhirah ni bukanla penggemar makanan2 barat sebenarnya. Hari tu buat chicken chop pun teragak2 rasa dia sepatutnya macam mana sebab memang jarang makan. Lainlah kalau makanan Thai. .  
Tak cantik sgt lapisannya. Saya guna egg lasagna, mungkin jenis ni lebih lembut berbanding lasagna biasa.
Lain kali kena kurangkan air
Malam tadi akhirnya berjaya juga buat lasagna ni setelah sekian lama teragak nak mencuba. Walaupun tak puas hati sgt dengan outcomenya (dodoh!) tapi tetap sedap bagi lidah belacan saya ni.  Ayah Nadhirah tadi sebelum makan yang saya hidangkan cakap dia tak suka lasagna ni sebab mak dia tak pernah masak. Tapi lepas tu nampak dia senduk pula lagi 2 kali. Eh! Agaknya kalau suka berapa kali senduk ye :) Resepi ni saya ambil di My Resepi oleh nihadriz.

Bahan-bahan ( 6 orang )
• 300g daging cincang (lagi senang kalau guna brand Ramly)
• 1 botol prego (yang kecil)
• 2-3 batang celery
• cendawan butang (sebanyak yang suka)
• 2 biji tomato (potong dadu)
• 1 biji lobak merah (dihiris halus)
• 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
• 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
• 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
• Sedikit lada sulah
• Garam secukup rasa
• Gula secukup rasa
• Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar)
• 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
• (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)

Bahan-bahan untuk cheese sauce
• 2 sudu besar mentega
• 4 sudu besar tepung gandum
• 1 peket Cheddar cheese (115g) -saya guna mozarella lagi best rasanya
• 1-2 cawan susu
• Sedikit garam untuk perasa

Cara-cara
1. Panaskan oven 180 C
2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
4. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.
5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.

7. Sediakan sauce pan, panaskan.
8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.

11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
- saya lapiskan dgn cheddar cheese juga
Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)


#utk peringatan dimasa depan ;
1. kurangkan air
2. cheese sauce kena double
3. yg dah buat ni 3 layer
4. lebihkan lagi keju parut

BEEF LASAGNA MAMASYA




Tertarik dengan resepi lasagna Mamasya dari blog dapur-mamasya.blogspot bila mamasya kata anak-anak suka. Saya pun jadi semangat nak mencuba. Hasilnya memang memuaskan, x muak. Lepas ni kalau nak buat lasagna lagi rasanya akan stick pada resepi Mamasya ni ajela. Kena dengan tekak saya. Pada Mamasya, tq atas resepi, mohon copy n paste untuk rujukan saya akan datang ye kak :)

Bahan-bahan:


* 6 keping pasta Lasagna - guna yang instant tp rebus sekejap biar lembut.

-bahagian inti daging-

* 3/4 cawan daging cincang - letak 1 cwn daging

* 1 biji bawang putih (dicincang)

* 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)

* 2 biji tomato ( potong dadu)

* 1/2 biji carrot ( potong dadu)

* 6 ketul cendawan ( potong dadu)

* 3 sudu besar tomato ketchup - tambah 6 sb lagi

* 2 sudu besar olive oil- guna butter

Bahagian white sauce

* 1 cawan susu segar

* 1/4 cawan tepung gandum

* 1 sudu besar cheese powder-letak 1 kpg slice cheese

* 2 sudu besar butter

* 1 sudu kecil garam

* sedikit lada sulah

* Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna-letak slice cheese je

***white sauce ni kena doublekan bahan2nya sbb sauce tak cukup utk cover semua lasagna.***

untuk hiasan

* sedikit hirisan daun pasley kering-tak letak

Caranya

1. Buat inti daging dulu
panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan 3 sb tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula, 6 sb sos tomato dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan
 
2. Buat White sauce
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.

3. Sedia untuk melapis
ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley.

Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain.

Badminton Piala 4 Penjuru

Semalam seharian ayah Nadhirah xada kat rumah sebab ada game badminton. Sebelum pergi tu suruh ayah bawak kamera  untuk snap gambar. Bukan apa semenjak 2 menjak ni asyik entri resepi je, macam boring pula.

 Bertempat di Old Trafford Sports Barn, Manchester. Players dari Liverpool pergi menaiki 1 kereta dan 1 van, para isteri2 dan anak2 semua sukarela xnak ikut memandangkan cuaca dah below 0 degree ni duduk rumah rasanya lagi best. Games ni bermula pukul 10 pagi sehingga jam 4 petang.

Team Liverpool pulang dengan gelaran Naib Johan bersama dengan Sheffield setelah team tuan rumah, Manchester berjaya merangkul Johan manakala team Leeds di tempat ke-4.

Tak nampak pula apa2 pingat atau medal dibawa balik, yang pasti ayah tak lupa membawa balik 1 set nasi beriani untuk istri dan anak-anaknya. Allah panjangkan umur ayah Nadhirah!!

Cok bantal vs sambal ikan bilis

Duk godek-godek kat My Resepi semalam kut2 dapat jumpa resepi Roti Keramat, (roti peberet org Trg tipikal spt saya nih :) ) nak cicah ngan air kopi untuk minum petang tapi tak jumpa. Last2 dapat resepi ni je yang ala-ala roti/kayu keramat ni. Terus buat pagi tadi untuk sarapan. Agaknya orang negeri mana yang panggil kuih ni Cok Bantal ni ye.

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )


• 3 cawan tepung gandum - diayak
• 2 sudu teh yis
• 3 sudu teh garam
• 3 sudu besar gula halus
• 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
• 1 biji telur
• ¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)
• Bahan - Bahan Sambal Bilis
• 150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
• 1 labu bawang besar dimayang
• 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
• 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
• 4-5 sudu cili boh
• 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
• ¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam)
• Garam dan Gula secukupnya

Cara-cara

1. Untuk CokBantal: Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau. Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh.Uli sampai sebati dan licin.Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit. Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka.(kite potong bentuk bantal peluk =P) Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan..nampak garing..SIAP!

2. Untuk Sambal Bilis : Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.Tambahkan air asam, gula dan garam.Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)

3. *Suggestion : Masak sambal bilis dulu supaya boleh nikmati cok bantal panas-panas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com