Cerita Hujung Minggu 1 (Jumaat)

Assalamualaikum. agak berat hati sebenarnya nak masukkan entri kali ini disebabkan masih lagi 'terkesan' dengan peristiwa earthquake dan tsunami yang melanda Jepun Jumaat lepas. Apa tidaknya, pada hari tu kami duk bersuka2 menuju ke Backpool sedangkan rakyat di Tokyo waktu itu sedang bertarung nyawa. Alhamdulillah para sahabat, kenalan dan murid saya semuanya dalam keadaan selamat di sana. Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam lindunganNya. Amiin.

Seperti yang disebut tadi, pagi Jumaat lepas kami mengikut sahabat (Rosni & Saiful) ke Blackpool, lebih kurang sejam perjalanan dengan kereta daripada Liverpool. Lepas hantar Kakak ke sekolah terus kami pergi. Nasib kami agak kurang baik hari itu sebab sebaik sampai di Pleasure Beach, Blackpool terus hujan. Tarikan utama di kawasan tersebut ialah pusat2 hiburan keluarga, ala-ala Genting theme park tapi disebabkan hujan dan kebanyakan kedai tutup jadi kami hanya pusing2 disana lebih kurang 2-3jam sebelum balik ke Liverpool.
Blackpool Tower sedang dlm refurbish
 Terima kasih pada Rosni dan Saiful kerana sudi ajak kami jalan-jalan. Juga untuk gambar2 ni ye. :))

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com