Alhamdulillah, kali ni berkesempatan juga untuk join aktiviti Usrah bagi Muslimat Post Graduate. Usrah yang pertama bulan lepas tak berpeluang nak join disebabkan kami demam. Aktiviti usrah ni adalah salah satu aktiviti bulanan anjuran Malay Speaking Circle Liverpool (MSCLiv). Usrah untuk para Muslimin pula diadakan setiap minggu. Selain usrah ada juga aktiviti kerohanian yang lain seperti Solat Hajat setiap kali musim peperiksaan, kelas Fardhu Ain setiap Sabtu untuk anak-anak yang berusia 5 tahun ke atas, ceramah keagamaan sempena hari-hari tertentu dan sebagainya. Semua aktiviti ni dijalankan atas kerjasama semua dan secara sukarela. Alhamdulillah, walaupun semuanya sibuk dengan aktiviti seharian namun pengisian untuk kerohanian tetap tidak dilupa.
|
jalan kaki je pergi sebab tak jauh sangat tambah pula ayah
volunteer jaga kakak n adik kat rumah |
|
Ahli baru kami, Rosni yang belum sampai sebulan tiba di Liverpool (masih dlm mood honey moon )
yg kat sebelah tu bukan anak dia ye |
|
pengisian usrah : Kisah Puteri Nabi Fatimah Az-Zahra dan Surah Al-Falaq |
|
Jamuan ringan |
|
saya bawa kek batik |
0 comments:
Post a Comment