Majlis Khatam Quran & Iftar Ramadhan 2010

Semalam dapo rumah xberasap!! Geng MSC Liverpool pakat buka puasa ramai2 kat Al-Ghazali Centre (catatan in future ye..) Dah berangan awal2 lagi kali ni nak ambik gamba byk2 nak upload (sbb CikDa komen gamba sikit sgt) tapi sedihnya bila sampai barula perasan kamera terlupa nak bawak. Ish3! Haru sungguh. Terpaksa guna kamera tepon, layan jela gambar2 yg xseberapa ini
kamilah yg paling awal sampai
Sblm buka puasa yg wanitanya pakat wat khatam Quran tp ibu budak Fakhri dpt baca 1 surah je sbb xtahan dgr budak Fakhri ni menangis. Sampai tersedu2, xtaula kenapa. Mula2 dia diam je. Lepas ada sorg member tegur2 dia terus menangis xberenti. Tapi kakak dia baik sangat
.

Kitorg mkn ala bufet, menu mskn dah dibagi2kan ikut kampung, sini ada 3 kg major student Malaysia, Kensington, Minster Court & Philharmonic. Yang duduk bersepah selain 3 kg ni termasuk kitorang dinamakan Kg Lingkaran Luar.
Main menu nasi putih, kari kambing, ayam bakar, sayur kobis,murtabak & air sirap bandung. Simple je menu kami, ala kadar. Tapi selepas dihimpun2kan mknn skali yg org bwk, fuuh.. sampai 4 row meja jugakla.
 Yg sedihnya, sebanyak2 mknn tu sempat mkn soto, murtabak n ns lauk kambing je. Sebab?! Mcm biasala Fakhri memainkan 'peranan'nya. Fakhri2, bertuah sungguh ank ibu nih!!

Nadhirah setakat ni xreti bercampur ngan budak2 lain lagi
Lepas berbuka ala kadar terus kami Maghrib berjemaah n sambung makan lagi. Sambil tu ada acara selingan, bagi hadiah kat 3 famili yg akan balik ke malaysia bulan 9 ni. Bye2! Syoknye diorg dah abis.. lps tu sesi perkenalkan famili2 yg baru sampai ke Liverpool, ada 2 famili. Welcome2!
Antara yang tinggal utk sembahyang terawih. Tadi masa Maghrib lupa nak snap
xtvt Fakhri sementara tggu ayah siap terawih

bubur lambuk pun ada
'TRIFFLES'
lupa amek gamba kue 'besa punyer' yg dibwk, seb baik yg Nadhirah nyer ada lg
Resepi triffles ni diambil daripada fotopages kak hanieliza. Sedap resepinya. Saya salin kat sini sebagai rujukan akan datang. Terima kasih k.liza.

Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry -saya guna perisa cherry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com