Assalamualaikum, apa khabar anda semua? Pejam celik pejam celik tinggal lagi 3/4 hari saja lagi Bulan Ramadhan akan berlalu. Masing2 pun agaknya tentu dah sibuk buat persiapan menjelang Syawal kan. Kami di sini kali ini akan beraya di Liverpool sahaja (tahun lepas bawa diri ke London :p)
Tentang persiapan rasanya macam orang lain yang berada di perantauan juga adalah serba sedikit. Tak sampai hati rasanya kalau tak raikan 1 Syawal dengan sebaiknya, lebih2 lagi bila si Kakak excited sangat dengan sambutan Hari Krismas kat sekolah dia tempoh hari sampaikan dia cakap tak sabar nak tunggu Krismas lagi. Aikkk!! Mana boleh jadi kan? Tu yang ibu semangat buat juga biskut raya sikit2, ajak dia tolong 'deco'2 rumah dan esok insyaAllah akan ajak dia pergi 'shopping' pakaian. Saja nak bagi dia rasa seronok sambut Hari Raya.
