Salam Aidilfitri

Assalamualaikum, apa khabar anda semua? Pejam celik pejam celik tinggal lagi 3/4 hari saja lagi Bulan Ramadhan akan berlalu. Masing2 pun agaknya tentu dah sibuk buat persiapan menjelang Syawal kan. Kami di sini kali ini akan beraya di Liverpool sahaja (tahun lepas bawa diri ke London :p)
Tentang persiapan rasanya macam orang lain yang berada di perantauan juga adalah serba sedikit. Tak sampai hati rasanya kalau tak raikan 1 Syawal dengan sebaiknya, lebih2 lagi bila si Kakak excited sangat dengan sambutan Hari Krismas kat sekolah dia tempoh hari sampaikan dia cakap tak sabar nak tunggu Krismas lagi. Aikkk!! Mana boleh jadi kan? Tu yang ibu semangat buat juga biskut raya sikit2, ajak dia tolong 'deco'2 rumah dan esok insyaAllah akan ajak dia pergi 'shopping' pakaian. Saja nak bagi dia rasa seronok sambut Hari Raya.
Sempena dengan kedatangan Syawal ini maka di sini saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang sedang membaca entri ini, mohon maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap lebih2 lagi pada yang sudi memberi komen tapi tak dijawab2 oleh saya tu, mintak maaf banyak2. Maklumla tuan blog ni tahu login blog time masukkan entri je pastu terus tinggalkan sunyi sepi. Bila ada anak kecik ni rasanya masa tu terlalu terbatas, lebih2 lagi pada orang yang tak begitu pandai menguruskan masa macam saya ni. Mintak ampun dan mintak maaf banyak2 ye. Pada rakan2 blogger yang selalu saya selongkar dapur pun saya mintak halalkan segala resepi dan ilmu yang rakan2 kongsikan. Mudah2an dengan berkat ilmu tu dapatlah kita manfaatkan sebaik-baiknya. Selamat Hari Raya untuk anda semua :)

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al Kareem

Go to fullsize image
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua dari kami sekeluarga. Mohon maaf andai ada tulisan dan gambar dalam blog ini yang 'mengganggu' anda. Mudah-mudahan Ramadhan kita tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik dari sebelumnya. Insya Allah..

Izinkan saya berkongsi petikan yg saya baca dari buletin al-ahkam.net. Antara 3 perkara yang dituntut dalam Bulan mulia ini :
1. Semarakkan keikhlasan, kemaafan & kasih-sayang :
“Sesiapa yang berpuasa
Ramadhan dalam
keimanan dan pengharapan,
maka diampunkan
dosa-dosanya yang lalu.”
( Hadith SAHIH Riwayat: al-Bukhari dan Muslim )

2. Sebarkan salam dan senyuman :
“Puasa itu adalah perisaimu, maka janganlah kamu mengeluarkan perkataan kotor danjangan pula berpura-pura tidak mengetahui. Jika ada yang ingin menyakitihatimu dan dirimu, maka katakanlah padanya yang
kamu sedang berpuasa.”
( Hadith Riwayat: al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah )

3. Jauhi kemaksiatan, kemalasan dan dendam kesumat:
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan buruk, maka tiada pahala baginya walaupun dia berpuasa.”
( Hadith Riwayat Al-Bukhari )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com