MMmm..entri terajinla pulak..

kekeke..tajuk entri macam apa je. Dah lewat malam ni sebenarnya, tadi idea datang mengejut nak buat roti sosej untuk bekal kakak sekolah esok, sudahnya lepas si adik dan kakak tidur baru sambung buat, so sementara tunggu roti masak teringat nak masukkan gambar ni..
sambal ikan masin
Sekali tengok macam nasi goreng pun ada kan? Tadi pun ayah tanya 'apa ni, macam nasi goreng je?' Hehehe..dah 6 tahun kawin nila first time saya masakkan menda alah ni.. Biasa kat kampung Terengganu dulu kami makan dengan nasi panas+ikan singgang+tembikai (buat ulam).
Kebetulan tengahari tadi turun kedai India kat bawah ni nak beli pisang tanduk nampak ada mangga muda, terus beli 2 bijik. Balik rumah terus TUNG TANG TUNG TANG buat sambal. Masa menumbuk tu lagi dah kecur air liur..kes lama x makan. Dah tak ada rasa bersalah kat jiran bawah lagi dah.
Sesiapa yang belum pernah cuba boleh buat sambal ni, senang ya amat.

Bahan-bahan :
 2 ekor ikan masin - dibakar & ambil isinya saja
15 biji cili padi @ sukati nak pedas tahap mana
2 sudu besar kelapa parut - saya pakai kelapa kering yang direbus hingga agak kering
2 biji mangga muda @ sukati jugak diracik halus

Cara-cara :
tumbuk ikan dan cili kemudian gaulkan dengan kelapa parut serta mangga dan SIAPPPPP..
senang kan.. :))

 

ini pulak mengada2 nak tunjuk ole-ole yang ayah bawak balik dari kursus kat Manchester minggu lepas, lempuk durian!Terus masuk dalam bubur kacang, mmmm...bau durian 1 rumah!! Best betul duduk kat Manchester, barang-barang makanan ASEAN bersepah, murah pulak tu. Tapi kan kat Liverpool ni pun ok gak sebenarnya..( hehe..cover balik nampak!)




3 comments:

09SD195 said...

tak pernah makan menu2 ni.. tapi bila ada angga tu mesti sedap.. ada lempuk durian gak... syoknya. senang ye barang asean kat sana sini.. boleh la.. tapi kena cari betul2 dan harga mahal sangat..

09SD195 said...

rasanya terpakai id fariz tadi.. ihiks.. ITA

Idayu said...

ambe doh 9 taung jdk bini org ganu dok tahu starang menu nih..keh3

nmpak mcm sedap n senang nk buat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com