Roti Poket

6 comments
Selamat malam, sementara tunggu Abg BM ( skrg dah ada BM tu, jgn tak tau. hehehe) siap buat Roti Coklat rasa rajin pulak nak masukkan entri Roti Poket yang dibuat pagi tadi. Tak sabar nak tengok roti coklat tu jadi ke tidak, kalau jadi nanti bolehla simpan dlm blog buat kenangan 1st time buat roti (adun & masak sekali) guna BM
 

Berbalik pada roti poket, pagi tadi semangat nak cuba resepi ni utk bekal kakak dan ayah. Selalu duk ulang menu sama je setiap minggu, naik jemu jadinya. Kalau yang masak jemu yg makan ...?
Tengok pada resepinya lebih kurang mcm nak buat sandwich juga tapi yang ni lain sikit sebab rotinya tu yang berpoket. Jumpa resepi ni kat blog inaku79 terus berkenan nak cuba. So saya simpan resepinya ye ina. TQ banyak-banyak. 
Ni bekal untuk ayah. letak bawang sikit je, sbb org ni tak suka mkn bwg mentah

RESEPI ROTI POKET
Bahan-bahan
Serbuk roti
Mayonis
Cream cheese
Lada sulah / lada hitam
Ayam
Bawang Besar hiris
Cili Benggala potong dadu
Daun salad
Roti Gardenia jgn lupa.

Cara-cara (roti):
Lapiskan dua roti
Gelekkan dgn kayu penggelek sampai nipis.. tak der penggelek botol sos pon boleh.
Gunakan Acuan bulat (kalau ikut gmbr deme guna tutup thermos, tin pon boleh) utk memotong roti.
Celupkan dlm telur n serbuk roti n gorengkan hingga kuning keemasan. Confirm akan menggelembung.
Toskan.

Cara-cara- (Inti) :
Tumiskan bawang
Masukkan cili benggala
Masukkan ayam n lada sulah/lada hitam
Masukkan mayonis & Cream cheese
Kacau2.. rasa.. kalu tak cukup garam tambah lah yer..


Baby sitter

Ada yang ingat ibu Nadhirah ni buat part time jadi baby sitter ni kang. Takdela..sebenarnya satu-satunya jiran Malaysia kami yang baru-baru ni dapat baby girl nak pergi berurut kat Manchester (lebih kurang 40min dari Liv by car kalau x jem la) Daripada dia bawak baby tu ke sana rasanya lebih elok tinggalkan kat sini je. Boleh main-main ngan baby. (hehe..bunyi mcm gian nak baby lagi je nih, insyaAllah)
Sesaje je buat entry ni sbb 1st experience jadi baby sitter kan. Takut jugak sebenarnya jaga anak orang ni kut2 ada yg salah kat mana2 tp as long as kita treat dia as anak kita jugak mudah-mudahan okla. Niat pun nak tolong kan.

baby Husna, belum umur 2 bulan tapi tidur meniarap. Risau juga takut lemas tp bila
ubah posisi tidur je mesti nangis. He he..kesian ada kelakar pun ada tengok dia tidur
Nadhirah suka betul, rajin dia tolong ibu tengok2kan Husna. Fakhri pulak masa mula2 baby sampai duk cuit2 jugak pastu bolayan..seb baik dia x jeles tengok ibu dukung baby. Fakhri ni semenjak pandai jalan kerjenya asyik tawaf satu rumah, sebab tu dia tak kesah dah kat ibu dia ni, kadang-kadang je dia datang pusing2 kat baby.
Ayah pun join sekali tolong tengok-tengokkan baby masa ibu masak
Sempat ambik gambar ngan Husna sebelum Husna balik.
Esok Husna datang lagi eh

Percubaan meroti

Ini cerita minggu lepas sebenarnya, punyala terliur tengok roti kentang kat blog femes, Cik Mat Gebu terus semangat nak buat roti. Memang roti peberet pun sebenarnya. Dulu waktu kat Malaysia kalau pergi Tesco je mesti beli potato bread ni. Walaupun tak ada BM kugagahkan jua tangan 2 belah ni menguli..

  

Sebelum bakar
selepas bakar
belum sempat ambik gambar dah hilang satu.
Ada 'bapak tikus' ambik agaknya.

Terima kasih pada tuan punya resepi ni, Cik Mat Gebu. Balik nanti nampak gaya dah tak lakula roti kat Tesco tu. He..he.. Saya simpan resepi ni ye.

Bahan Doh :-)
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA:-)
1.UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.

2.Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.

3.CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.

4.UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com