Kek Coklat Kukus

4 comments
Abaikan deco kek yang ntah hape2 tu sbb masa nak potong tiba-tiba je Nadhirah mengada2 ckp "let us pretend its my befday ibu" hahaha..dah siap ambik lilin dari mana entah. Ibu dia pun terus ambik biskut atas meja tabur atas tu. Apa2la kakak. janji happy!
Resepi dari blog k.hana. MMMM..mmg moist!

Bahan-bahan
Bahan A
1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair - hana gune susu segar
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde
>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati

Bahan B - di ayak
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C
4 biji telur - diblender 
 
Cara-cara
Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap

Nadhirah n Fakhri again ;))

Di sini ada beberapa gambar Fakhri n Nadhirah untuk tatapan keluarga especially to nenek dan tokki. Gambar-gambar ni diambil selepas diorang baik daripada demam tempohari.


ni tempat favourite saya, kat tong sampah. Untung-untung kalau ibu saya tak perasan
senang saya selongkar tong sampah tu. :))

Saya tak suka ibu suap, saya nak makan sendirik. Kena cucuk2 test dulu baru boleh makan.
Nanti kalau tak sedap saya sembur balik !!
Nadhirah show off her drawing. Pelik tengok dia melukis, contohnya Light House
tu dilukis dari bawah ke atas!

Suasana dalam kelas Nadhirah, Ibu curi2 ambil gambar padahal tak boleh sebenarnya.
Hari ni ada program 'Stay Early', parents dibenarkan stay dlm kelas for 30 minutes with their kids

mcmnala budak-budak sini tak seronok pergi sekolah, dalam kelas ada mcm-mcm mainan.
Budak-budak bebas nak buat apa, cgu just be a facilitator
on the way to school

nila best friend saya nenek, Arrione dari Filipina tapi dah 9 tahun mak dan ayah dia kerja di sini.
Dah dapat kerakyatan Britain dah

Retak jadi belah lalu berlubang terus runtuh !!

Tula kesimpulan ringkas kisah bilik air rumah kami. Kisahnya paip kat rumah orang atas bocor, sebab nampak kesan dinding n siling kat bilik air kitorang basah. Terus ayah call agent kami, tapi menurut agent kami rumah atas tu agentnya lain. Jadi dia cuma boleh tolong call agent tersebut. Tunggu punya tunggu akhirnya....
 

Masa runtuh ni saya baru je lepas mandikan Nadhirah nak pergi sekolah.
Tengah sikat rambut dia dengar bunyi bising kat bilik air. Memang dah agak dah.
Macamnila rupa siling bilik air kitorang sekarang. Tengah tunggu org datang repair.
  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com