Sekadar ingatan

Saya ada seorg kwn, Muhammad Zulfakar Muslimin namanya. Dulu kami satu sekolah tapi masuk ke Tingkatan 3 ayahnya menghantar dia ke sekolah agama di Indonesia. Terima kasih pada FB kerana menemukan kami kembali. Sekarang Paka (panggilan kami pada dia) menjadi salah seorg tenaga pengajar di madrasah di Indonesia. Dah lupa apa nama tempatnya.
Mesti pelik kenapa cerita pasal dia kan. Hee..sebenarnya nak catatkan kat dlm blog saya ni antara komen2 dia kat FB. Dalam lawak2 dia selalunya mesti selitkan kata2 nasihat atau tazkirah dlm komen2nya. Antara yg saya suka..

komennya bila ada sahabat kami yg kecewa dengan byk perkara dlm hidupnya.

ingatlah..hatimu itu lebih luas dari lautan atlantik..
hati itu luas sebab itu kita disuruh supaya berlapang dada..hati adalah ibarat lautan tempat berlayarnya kapal rohani..menuju pulau nurani...dalamnya hati melebihi dalamnya lautan...yg mana harus diselami demi mendapatkan permata robbani..
dalam sebuah hadis,Rasulullah s.a.a.w bersabda.."kun fid dunya ka annaka ghoriibun"..artinya:"jadilah engkau didunia ini bagaikan seorang pengembara"...seorang pengembara dlm perjalanan menuju ke destinasi tujuan,berehat dibawah sebuah pohon yg rendang,yg penuh dengan buah2an,disisi sebuah sungai mengalir air yg jernih..walaupun nyaman,tenang dan damai..tetap dia harus meneruskan perjalanan ke tempat tujuan..
 
Subhanallah..sbb tu saya catatkan di sini biar jadi ingatan untuk saya selama-lamanya..

Nasi Kerabu

2 comments
Mcm xpercaya akhirnya dpt buat nasi kerabu sendiri. Dah lama tekak mengidam nak mkn nasi kerabu tapi xkompiden nak menerai. Akhirnya weekend baru ni buatla lepas godek2 kat myresepi tu jumpa resepi ni. Kena salin resepi kat sini sbb lain kali mesti kena buat lagi nih.

Bahan-bahan untuk 4-5 org makan (xsilap tuan punya resepi nama Yani)
  • @@ Nasi @@
  • 4 cwn beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
  • 2-3 titik pewarna kuning
  • 2-3 helai daun limau purut(optional)
  • 1 btg serai-diketuk(optional)- saya tak letak sebab tak suka.
  • @@ Sambal Tumis @@
  • 5-10 biji lada kering
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
  • 200ml/ 1/2 tin santan pekat
  • 2 btg serai
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
  • garam dan gula melaka
  • @@ Sambal ikan @@
  • 1 ekor ikan kembung- saiz besar
  • 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
  • 1 batang serai
  • 1cm halia
  • @@ Kerabu @@
  • kubis
  • timun
  • taugeh
  • daun kesum
  • @@ Bahan lain- optional @@
  • solok lada
  • telur asin
  • bawang jeruk
  • ayam goreng kunyit
  • sambal belacan
Cara-cara
  1. ## Sediakan sambal tumis ##
  2. blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
  3. Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
  4. ## Masak nasi ##
Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.
  1. ## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
  2. Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
  3. Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
  4. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
  5. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
  6. Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
  7. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.
  8. @@ Kerabu @@
  9. Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
  10. Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap
SOLOK LADA- sumber dr myresepi tapi lupa nama pemiliknya
Bahan-bahan ( 5-8 biji -bergantung saiz cili )
  • 5-8 biji cili hijau
  • 3-4 ekor ikan kembung- rebus ambil isinya
  • 1/2 cawan kelapa parut putih
  • 3-4 biji bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Cili hijau dibelah tengah dan rendam dalam air.
  2. Tumbuk lada hitam,isi ikan dan bawang merah bersama kelapa parut putih. Tapi jangan terlalu lumat.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Ambil cili yang telah di belah tadi dan sumbatkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam cili. Buat hingga habis.
  5. Susunkan cili yang telah disumbat tadi ke dalam periuk dan tuangkan santan. Rebus hingga cili agak layu.
  6. Angkat dan bolehlah dihidangkan
DAGING PANGGANG N COLEK - sumber myresepi juga n juga xigt sape pemiliknya
Bahan-bahan ( separuh family :D )
  • daging batang pinang - dipotong kiub2 besar...lumurkan garam + kunyit + serbuk ketumbar = perap at least 30min
  • Bhn utk colek:
  • cili padi secukupnyer - dikisar (i bubuh 5-6 biji)
  • 1-2 biji cili masak - dikisar
  • 1 inchi belacan (dibakar) - dikisar
  • sos cili & tomato secukup rasa (utk pekatkan colek)
  • 1 biji tomato - dicincang
  • 1 labu bwg besar dicincang
  • daun coriander/ketumbar - dicincang
  • lemon juice secukup rasa (buleh jgak nak gantikan ngan air asam jawa pekat)
  • 2 sudu besar nampla/minyak ikan
  • garam & gula secukup rasa
  • extra air masak (tuk kuah colek)
Cara-cara
  1. daging yg telah diperap di panggang atas grill hingga masak ( i prefer medium)
  2. sementara tuh, satukan bhn2 kisar dgn bhn2 lain dlm mangkuk...gaul sebati...adjust rasa & kepekatan colek...kalau cair sgt tambah lg sos cili & tomato..
  3. hidang daging panggang dihiris nipis bersama colek...

Nadhirah cuti sekolah

Hee..padahal dah habis pun cuti sekolah baru skrg nak cerita, nipun sbb dah tak tau sgt nak masukkan entri apa.
On the way ke sekolah. Semenjak ada Buggy Board ni sukala si Nadhirah sbb tak payah jalan lg.

Cuaca dah sejuk, terpaksala adik pakai macam ni

Nadhirah cuti seminggu je tapi jenuh juga nak pikirkan mcmna nak isikan masa cuti dia ni. Kalau ada kereta mesti leh gi jalan2 keluar dari Liverpool ni tapi takpe2...lain kali. (ayat ni mcm sedapkan hati sendiri je nih)
hari terakhir sekolah diadakan sekali sambutan Halloween. Tergamam Nadhirah tengok kawan2 dia pakai pelik2

Selain drpd ajak dia masak2, ada sekali bawak dia ke Big Art di galeri seni. Tempat ni mmg dikhaskan untuk budak2. Bolehla Fakhri join sekali. Setiap hari Selasa dan Jumaat pula diadakan aktiviti untuk anak dan parents sekali. Bagus tempat ni.




 
Ramai betul budak2 hari ni, maklumlah cuti sekolah

.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com