Ulangtahun Perkenalan

Rupa-rupanya hari ni genaplah 12 tahun usia perkenalan ibu ngan ayah Nadhirah. Rasa macam baru je semalam ayah Nadhirah menghulurkan salam perkenalan. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah, impian dan cita-cita kami sewaktu di menara gading dulu akhirnya menjadi kenyataan, dan semestinya dengan izin dan rahmat dariMu Ya Allah. Syukur..




Sambut kecil-kecilan 4 beranak
 Mudah-mudahan hubungan kami akan berkekalan dan akan saling terus mengenal..hihi


Chef Nur/Nadhirah nak interprem gak!

Lemon Crisp Salad buatan Nadhirah kat sekolah tadi

Car Boot Sale !!

Kali ni nak berkongsi 'hasil tangkapan' di Car Boot Sale (CBS) yg berdekatan dengan rumah kami. Bagi yang tak tahu Car Boot Sale ni adalah tempat jualan barang2 seperti buku2,pakaian, hiasan, mainan dll yg mostly dah 2nd used. Boleh dikatakan seluruh UK ni ada CBS. Mcm pasar tani tempat kita. Harga dia memang murah, kualitinya pulak nak kena pandai pilih sendiri. Ada yg boleh tawar ada yg x tapi selalunya saya tawar je. Nasib baik dptla lagi murah.
Sebenarnya semenjak duduk UK, ini adalah kali ke 4 kitorang ke CBS ni. Kalau tanya kwn2 lain boleh dikatakan setiap minggu diorang pergi kalau tau ada CBS. Malam tadi dapat tahu ada CBS yg berdekatan jadi rasa teruja jugakla nak pergi. Jalan kaki je pun dari rumah. Antara yang kami beli.. ehem!ehem!

Kasut Roda Barbie, GBP2. Suka sangatla Nadhirah dapat kasut ni



Karpet, GBP2 alas kaki time cuci pinggan n masak. Sejuk sangat lantai ni
Boot Nadhirah, jenama Cherokee GBP1.


Bonsai kaca GBP3.50. Alas meja GBP0.50


Nadhirah punya

Kasut Fakhri, Jenama Clarks GBP3. Mainan Jenama Mark&Spencer GBP1


 Kesimpulannya, kali ni saya sangatla berpuas hati dengan hasil tangkapan kami. HIHIHI! Jangan jeles ye..

Nadhirah n Fakhri

Ni gambar2 Nadhirah n Fakhri yang diambil daripada kamera Canon Uncle Zul, kawan ayah yang datang dari Leeds tu. Cantik2 gambarnya (bukan org yang cantik tp kualiti gambar tu, maklumla kamera ribu riban tuu)
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com