Kuih Lompat Tikam


Assalamualaikum wrt.. Semoga yang sedang membaca ni semua ceria selalu macam saya sekarang ni :))))))
Tengok bukan main meleret lagi senyuman saya dapat makan lompat tikam yang selama ini diidam-idamkan. Ini adalah percubaan kali ke lima saya setelah 4 percubaan sebelumnya terpaksa di tong sampahkan. Opps..kalau dah tertongsampahkan tu maksudnya..err..ngerila tu kejadian rasanya.
Kali ini saya guna resepi dari kak fida yang diambil dari myresepi. Ikutkan memangla resepi lompat tikam ni simple dan sama je bahan-bahannya tapi sukatannya tu yang membezakan rasa. So terima kasih banyak-banyak pada kak fida kerana menghasilkan resepi yang sangat sedap dan sesuai dengan tekak saya ni ye. Mohon simpan disini ye kak ye 
Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil )

*Lapisan bawah :-
62 g tepung beras ( 8 sb )
660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )
62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau
1/2 sk garam
1 sk air kapur

*Lapisan atas :-
25 g tepung beras ( 3 sb )
600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
1/2 sk garam

*Air gula :-
250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus)
500 ml air ( 2 cwn )
1 helai daun pandan - di simpul

Cara-cara
1.Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.
2.Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
3.Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
4.Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.
*Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan.
 

5 comments:

Amie said...

assalam,
betullah tu... kdg2 kita rasa feed-up tak dpt hasil spt yg diharap, apa pun kalau kita minat kena rajin perbaiki dr masa ke semasa... hasilnya...haaa..amie pun tabiklah tengok kuih lompat tikam tu... amie sendiri takpandai buat..

Juwita Jamaludin said...

Salam kak pi ita pun belum pernah buat lompat tikam ni memang dlm list sebenarnya tp x terbuat2 gak.. Sedap nampak kak.. Tambah 3 layer mcm tu..

cucu nenek di liverpool said...

wsalam ita, duduk jauh ni tekak mengada2 betul, dulu jual mahal xsuka kuih ni skrg duk mengidam2 pulak.

cucu nenek di liverpool said...

Amie, wsalam..
tula amie bila dah teringin punya pasal kena gigih jugakla usaha sampai jadi kan :)

Gee® said...

salam kenal...
sedapnyer lompat tikam nih...
cantek!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com