Salam.. Maaf, bukan nak cerita pasal resepi tiramisu ye sbb saya dah pernah simpan resepi kek ni sebelum ini. Kalau nak tengok boleh klik disini. Cuma saya baru perasan rupa-rupanya saya tak simpan resepi kek sponge yang saya gunakan untuk buat kejadian tiramisu itu hari. Bila nak buat untuk harijadi ayah baru-baru ni terkial-kial saya search dalam internet tak jumpa2 tapi nasib baik saya ada tulis dalam buku nota. (dulu xde blog dan xde iphone jadi selalu catat dlm buku nota je :) )
Xnak pisang berbuah lagi sekali dan sebelum buku tu hilang ke apa baik saya simpan disini. Kannn..KEK SPAN
Bahan-bahan
150 g tepung super fine (saya guna tepung gandum je)
150 g gula kastor
5 biji telur
1 sb ovalette
80 ml air
80 ml minyak / mentega cair
1 st baking powder
1 st esen vanila
Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 150-180 oC dan gliskan loyang 8"
Pukul gula, ovalette, telur, tepung dan baking powder dalam mangkuk adunan sehingga pekat dan gebu lebihkurang 5 minit pada kelajuan tinggi
Perlahankan sambil masukkan air dan esen vanila dan pukul lagi sehingga adunan betul2 ringan
Tuang minyak dan gaulkan dengan senduk guna kaedah kaupbalik
Masukkan aduanan dalam loyang dan bakar selama 45 minit.
1 comments:
Salam kak pi ita suka kalau buat kek span ada je salahnya.. Sampai takut kadang nak buat.. Hihihi.. Tp tak leh mengalah practice make perfect
Post a Comment