Family Day - Spring 2011


Kecoh betul kejadian Family Day kami kali ni! Lepas 3x duk bertukar tempat, sekejap outdoor sekejap indoor pastu outdoor balik akhirnya Alhamdulillah berjaya jugak buat seperti yang dirancangkan. Cuaca kat UK ni paham2 ajelah bak kata Ayah dalam sehari boleh bertukar 5 musim.
 
Kali ni kami buat di Otterspool, 1 kawasan di tepi pantai. Itu yang jadi kecoh di saat akhir tu bila hujan turun mencurah-curah 1 jam sebelum acara. Kelam kabut penganjur cari tempat lain, dah booking dewan tetiba hujan berhenti, banyak pulak suara suruh buat kat tepi pantai balik kes anak-anak dah 'set' nak main kat pantai. (ye ke anak-anak ni..? hehehe)

Tema makan-makan kekal pot luck tapi dah tetapkan kg A masak itu, kg B masak ini, kg C bwk minum itu, kg D bawak minum ini. (macam banyak nauu kg nya tuu.. tp gitula ceritanya)

Selain daripada aktiviti utama makan-makan, acara diselitkan juga dengan sukaneka mengikut kampung maafla xjoin..akak ada anak kecik dik (hehehe..alasan baik punya), acara pemberian cenderamata untuk rakan-rakan yang akan pulang pada tahun ini iaitu 26 org (ramai tuu..sian kami tak leh balik lagi), sesi perkenalkan rakan-rakan yang baru sampai, 2 famili+3 individu dan sesi bagi hadiah untuk acara sukan sempena Bulan Sukan Liverpool yang dah berlansung 2 bulan lepas (yang tu belum story kat blog lagi tu..akak main yg itu ye!) 
 
Seronok dapat bergather-gather macam ni. Dah kenyang n dah menapau apa yang patut kami dismiss lebih kurang pukul 7 petang. Okla tu sebab sekarang Maghrib dah pukul 8.30 lebih. Jumpa lagi di aktiviti MSC yg akan datang. 










  




  










1 comments:

Juwita Jamaludin said...

wah ramainya malaysian kat sana.. amat jeles.. kami kat sini ramai yang dah kurang join aktiviti2 gini ramai yang balik msia dan sebagainya..sejak gempa hri tu sedih2.. hanya kawan2 Utem dan rapat je selalu bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com