Boxing Day

Aduuhh..hebat sungguh penangan boxing day ni ye..Xsenang duduk org2 Malaysia kat Liverpool nih, i pun dah macam lalang jadinya, dengar orang cakap kat sana best, kat sanala nak pergi, sekejap dengar orang ni kata kat tempat ni best, haishh dah nak pergi kat sini pulak..mm..maklumla tahun lepas anak beranak berkurung sebulan dalam rumah sbb semua tak sihat so tahun ni...konon nak merasala juga mcmna seronoknya org2 sini berboxing day kan (xsedo diri poket dah kosong tuu, eh! takpe2 pegi cuci2 mata je pun kannn ;)
Akhirnya, 26hb kami ke sini = Outlet Village, Junction 32
esoknya, 27hb kami ke sinun = Designer Outlet, Cheshire Oak
hasil cuci2 mata =
lepas + - x / kan, kan.. i dgn berat hatinya terpaksa..ooh..beli jugak you (kasut Clark sepasang GBP14 tau)
(ayat penyedap hati : "dah datang jauh2 ni xkanla xbeli apa2 lansung  kannn ;)


 


tengok ni, bukan selalu ada SALE barang ni tauuuu! ekekeke...iyo ler..

hari ni, 28hb saya insaf saya sedar diri sudah..saya duduk je diam-diam kat rumah tapi..SOB..SOB..kenapa duit saya luak jugak..oo..saya boxing alam maya lah pulak..aduh..saya oh saya..SOB..SOB..



Fuuuuuhh....fuhhhhh! Adoiiiiyaii banyaknya sawangg!

Nasi Dagang Terengganu

3 comments

Assalamualaikum semua. Raya baru-baru ni sebenarnya saya dah plan dengan hubby nak jamu Nasi Dagang + Gulai Ikan Aya kat orang2 Liverpool (padahal seumur hidup xpernah masak pun, cam kompiden je nak jamu orang tu..) time open house rumah kitorang. Sebab tula awal2 dah pesan kat Che kat kampung mintak tolong poskan rempah gulai nasi dagang tapi malangnya sampai ke sudah kami tak dapat2 parcel tu. Jadi tak dapatla jamu warga Liverpool ni dengan menu tu.
Akhirnya hasil chatting dengan kawan2 satu asrama kat sekolah dulu2 dapatla resepi Nasi Dagang dan Gulai Ikan Aya dari mak kawan saya ni, Haslinawatie. Mak si Lina ni kalau tak silap memang ada kedai makan dan Lina ni pun memang tak kurang powernya dalam hal masak memasak ni. Saya pun apalagi terus usaha kumpul bahan-bahan. Hasilnya sangatla memuaskan, Tuhan je tahu perasaan lepas 2 tahun lebih tak makan nasi dagang. Terima kasih banyak-banyak lina ye. (Resepi ni dah diedit sikit ikut kesesuaian saya masa masak hari tu memandangkan ada sesetengah sukatan/qty bahan-bahannya agak random)
live dari periuk
Resepi Gulai Ikan Aya (utk 1kg ikan) - saya guna ikan mackerel
bahan kisar :  3 sb serbuk ketumbar
                     1.5 sb serbuk jintan manis
                     15 biji bwg merah
                     3 ulas bawang putih
                     1/2 jari lengkuas
                     1/2 jari
                     1/2 jari kunyit
                     cili kering (untuk 3sb penuh)
500g santan
3-5 keping asam jawa
nissang, garam, gula

Cara-cara :
gaul dan tumiskan semua bahan kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan sedikit air, santan, nisan, gula, garam, aji, asam keping dan air ikan aya (ikan aya yg direbus dgn sedikit air, garam dan asam keping). Pastikan sentiasa dikacau untuk elakkan santan daripada 'berkepala' sehinggalah kuah mendidih, padamkan api.

Resepi Nasi Dagang
4 gelas beras siam
1 gelas beras pulut (satukan kedua2 beras dan rendam semalaman)
Pati santan dari 3 biji kelapa
1 inci halia - dihiris halus
6 biji bawang merah- dihiris halus
1st halba
1/4 genggam garam kasar
2 sb gula

Cara-cara:
Satukan santan dengan garam, gula, bawang merah, halia dan halba dalam satu bekas. Masukkan beras yang sudah kembang kedalam pengukus dan kukus sebentar. Keluarkan beras dan masukkan ke dalam satu bekas dan gaulkan dengan segelas air sehingga rata. Kemudian kukus semula untuk kali ke dua sehingga beras masak. Keluarkan beras, masukkan dalam besen dan gaulkan dengan campuran santan tadi. Teruskan menggaul sehingga nasi tidak lagi melekat pada senduk (lagi lama gaul lagi bagus untuk elakkan nasi dari cepat basi)

Aidilfitri ke 2 di Liverpool

Assalamualaikum wrt. Dalam pada sibuk dengan urusan sehari-hari, kali ini curi masa juga buka lappy log in blog. Tuu dia, bunyi macam sibuk yang amat. he..he.. Tapi betulla..buka mata terus siap2 nak masak, lepas tu siapkan Nadhirah nak ke sekolah, lepas tu si Fakhri bangun siap2kan dia pulak, mandi, makan lepastu Ayah dia pulak nak ke uni nak kena siap2kan ayah dia jugak. Aikk!! Melampau la tuuu..mana ada. Siapkan bekal aje..
Lepas tu..lepas tu.. ish macam dah lari tajuk je ni. (ni lah mslh utama makcik ni, sebulan sekali masuk entri pastu semua dia nak pulun cerita!!)

Kringggggg..laa..dah masuk waktu tidur Fakhri la pulak. Nampaknya to be continue je la..

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum, apa khabar anda semua? Pejam celik pejam celik tinggal lagi 3/4 hari saja lagi Bulan Ramadhan akan berlalu. Masing2 pun agaknya tentu dah sibuk buat persiapan menjelang Syawal kan. Kami di sini kali ini akan beraya di Liverpool sahaja (tahun lepas bawa diri ke London :p)
Tentang persiapan rasanya macam orang lain yang berada di perantauan juga adalah serba sedikit. Tak sampai hati rasanya kalau tak raikan 1 Syawal dengan sebaiknya, lebih2 lagi bila si Kakak excited sangat dengan sambutan Hari Krismas kat sekolah dia tempoh hari sampaikan dia cakap tak sabar nak tunggu Krismas lagi. Aikkk!! Mana boleh jadi kan? Tu yang ibu semangat buat juga biskut raya sikit2, ajak dia tolong 'deco'2 rumah dan esok insyaAllah akan ajak dia pergi 'shopping' pakaian. Saja nak bagi dia rasa seronok sambut Hari Raya.
Sempena dengan kedatangan Syawal ini maka di sini saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang sedang membaca entri ini, mohon maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap lebih2 lagi pada yang sudi memberi komen tapi tak dijawab2 oleh saya tu, mintak maaf banyak2. Maklumla tuan blog ni tahu login blog time masukkan entri je pastu terus tinggalkan sunyi sepi. Bila ada anak kecik ni rasanya masa tu terlalu terbatas, lebih2 lagi pada orang yang tak begitu pandai menguruskan masa macam saya ni. Mintak ampun dan mintak maaf banyak2 ye. Pada rakan2 blogger yang selalu saya selongkar dapur pun saya mintak halalkan segala resepi dan ilmu yang rakan2 kongsikan. Mudah2an dengan berkat ilmu tu dapatlah kita manfaatkan sebaik-baiknya. Selamat Hari Raya untuk anda semua :)

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al Kareem

Go to fullsize image
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua dari kami sekeluarga. Mohon maaf andai ada tulisan dan gambar dalam blog ini yang 'mengganggu' anda. Mudah-mudahan Ramadhan kita tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik dari sebelumnya. Insya Allah..

Izinkan saya berkongsi petikan yg saya baca dari buletin al-ahkam.net. Antara 3 perkara yang dituntut dalam Bulan mulia ini :
1. Semarakkan keikhlasan, kemaafan & kasih-sayang :
“Sesiapa yang berpuasa
Ramadhan dalam
keimanan dan pengharapan,
maka diampunkan
dosa-dosanya yang lalu.”
( Hadith SAHIH Riwayat: al-Bukhari dan Muslim )

2. Sebarkan salam dan senyuman :
“Puasa itu adalah perisaimu, maka janganlah kamu mengeluarkan perkataan kotor danjangan pula berpura-pura tidak mengetahui. Jika ada yang ingin menyakitihatimu dan dirimu, maka katakanlah padanya yang
kamu sedang berpuasa.”
( Hadith Riwayat: al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah )

3. Jauhi kemaksiatan, kemalasan dan dendam kesumat:
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan buruk, maka tiada pahala baginya walaupun dia berpuasa.”
( Hadith Riwayat Al-Bukhari )

New Experiences

Aduuuh...malu  ni nak citer tapi tak kira nak masukkan jugak..hehehe..POYO je kan. Saya kan, baru2 ini kan, lepas jemput kawan datang masa birthday Ayah tu adalah seorang hamba Allah tu cepat-cepat bisik mintakkan buat kek coklat untuk harijadi isterinya. Alamak!! Cuak jugak sebenarnya nak terima tapi bila mengenangkan kesian pula kat dia jadi buat n tawakkal je. (tapi sebelum tu awal2 dah suruh dia buat plan B hehe..takut tak menjadi, habisla rosak majlis orang nanti) Dalam kekerasan tanganku ini dapatla juga akhirnya...nak ambik gambar pun malu, nasib baik ada gambar yang kawan tu ambikkan. Jangan gelak ye..cam biasala saya pipe mesti pakai kertas balut roti punya..hehe..


 Terima kasih sangat-sangat pada kak Zuraini Alias, satu-satu dia tunjukkan langkah nak buat kepingan coklat kat tepi tu. Dapatla 1 ilmu baru lagi. Alhamdulillah.


Selang 3 minggu lepas tu si isterinya pulak mintak buatkan besday cake untuk en.suaminya. Maklumla kat sini nak beli kek terhad, pulak nak ada wording2 kat atas tu. So I layan je..heheh..Kali ini suami tersayang sudi belikan set piping yang proper punya. Kira first time la ni belajar guna menda alah tu. Terima kasih HUBBY :))

BEEF LASAGNA

Tertarik dengan resepi lasagna Mamasya dari blog dapur-mamasya.blogspot bila mamasya kata anak-anak suka. Boleh tengok di SINI. Saya pun jadi semangat nak mencuba. Hasilnya memang memuaskan, x muak. Lepas ni kalau nak buat lasagna lagi rasanya akan stick pada resepi Mamasya ni ajela. Kena dengan tekak saya. Pada Mamasya, tq atas resepi, mohon copy n paste untuk rujukan saya akan datang ye kak :)


BEEF LASAGNA
Sumber : http://dapur-mamasya.blogspot.com/
Bahan-bahan:
* 6 keping pasta Lasagna - guna yang instant tp rebus sekejap biar lembut.

-bahagian inti daging-
* 3/4 cawan daging cincang - letak 1 cwn daging
* 1 biji bawang putih (dicincang)
* 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
* 2 biji tomato ( potong dadu)
* 1/2 biji carrot ( potong dadu)
* 6 ketul cendawan ( potong dadu)
* 3 sudu besar tomato ketchup - tambah 6 sb lagi
* 2 sudu besar olive oil- guna butter

Bahagian white sauce-
* 1 cawan susu segar
* 1/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar cheese powder-letak 1 kpg slice cheese
* 2 sudu besar butter
* 1 sudu kecil garam
* sedikit lada sulah
* Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna-letak slice cheese je

***white sauce ni kena doublekan bahan2nya sbb sauce tak cukup utk cover semua lasagna.***

untuk hiasan
* sedikit hirisan daun pasley kering-tak letak
Caranya
1. Buat inti daging dulu
panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan 3 sb tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula, 6 sb sos tomato dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan

2. Buat White sauce
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.

3. Sedia untuk melapis
ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley.

Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain.

Puding Aiskrim

2 comments
 Assalamualaikum buat semua. Ni entri versi tergesa-gesa ni, jap tadi baru lepas makan petang dengan anak-anak, sementara tunggu makanan jatuh ke perut dan sambung masak untuk makan malam pulak so ambik kesempatan ni untuk masukkan entri. Sedap dan lembut sangat puding ni, terima kasih pada Izzah Muffin Lover yang baru je tayang kat Kongsi Resepi. Hari tu dah pernah tengok tapi terlupa kat mana so bila nampak tadi terus je ON buat. Saya simpan kat blog saya ye.
budak ni nak enteprem..layankan aje :)
PUDING AISKRIM

Bahan
2 s/b serbuk agar-agar - saya guna agar2 panjang 10g
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 s/b tepung jagung-tukar pakai kastard
2 cawan aiskrim keladi *izah guna perasa coklat n strawberi
pewarna purple *izah tak letak pewarne

hiasan..sebarang pilihan  - saya guna chocolate rice
Cara-cara

1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendideh.
4. Angkat dari api dan tapiskandalam mangkuk besar.
5. Masukkan aiekrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.
6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.
7. Masukkan pewarna purple kedalam adunan yg separuh lagi.
8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg berwarna purple keatasnya dan sejukkan.
9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
10. Hidangkan sejuk.

Rezekiiii...Alhamdulillah..

Salam..pagi tadi lepas masak sarapan dan lauk untuk bekal ayah kemudian siapkan si kakak untuk ke sekolah tiba-tiba Ayah dapat SMS dari kawan tanya nak ketam ke tak? Rupanya semalam masa kawan tu (Saiful) bawa Dekan dan Timbalan Canselor (dari Universiti Malaysia Terengganu yang datang ke Liverpool John Moores University utk tandatangan MoU) melawat Bangor diorang sempat singgah memancing ketam.
Apalagi, bak kata Ayah kecik tapak tangan kuali besar kami tadahkan ler jawabnya..
 Sejak duduk Liverpool ni, inilah kali pertama kami makan ketam fresh. Bergerak2 lagi ketam tu masa saya duk sental kulit dia. Tetiba teringat filem lama lakonan Hamid Gurkha duk berus gigi ikan! hehe
Oleh sebab pagi tu dah masak Ayam Sambal jadi pikir2 masak lemak cili padi jelah ketam ni. Anak2 pun boleh merasa sekali kan. Tambah pulak si Adik memang suka kalau masak lemak.
shoot live dari kuali takut nnt lupa dan..yess..
memang tepat seperti yg dijangka tulang dah penuh 1 mangkuk baru teringat nak snap, APALAAA
Terima kasihla banyak-banyak kat Saiful dan Rosni yang ingat juga kat kitorang ye. Terima kasih daun keladi ye adik2 :)) 


Kuih Lompat Tikam


Assalamualaikum wrt.. Semoga yang sedang membaca ni semua ceria selalu macam saya sekarang ni :))))))
Tengok bukan main meleret lagi senyuman saya dapat makan lompat tikam yang selama ini diidam-idamkan. Ini adalah percubaan kali ke lima saya setelah 4 percubaan sebelumnya terpaksa di tong sampahkan. Opps..kalau dah tertongsampahkan tu maksudnya..err..ngerila tu kejadian rasanya.
Kali ini saya guna resepi dari kak fida yang diambil dari myresepi. Ikutkan memangla resepi lompat tikam ni simple dan sama je bahan-bahannya tapi sukatannya tu yang membezakan rasa. So terima kasih banyak-banyak pada kak fida kerana menghasilkan resepi yang sangat sedap dan sesuai dengan tekak saya ni ye. Mohon simpan disini ye kak ye 
Bahan-bahan ( 10-12 mangkuk kecil )

*Lapisan bawah :-
62 g tepung beras ( 8 sb )
660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )
62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau
1/2 sk garam
1 sk air kapur

*Lapisan atas :-
25 g tepung beras ( 3 sb )
600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
1/2 sk garam

*Air gula :-
250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus)
500 ml air ( 2 cwn )
1 helai daun pandan - di simpul

Cara-cara
1.Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.
2.Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
3.Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
4.Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.
*Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan.
 

Kek Tiramisu Simple

1 comments
Salam.. Maaf, bukan nak cerita pasal resepi tiramisu ye sbb saya dah pernah simpan resepi kek ni sebelum ini. Kalau nak tengok boleh klik disini. Cuma saya baru perasan rupa-rupanya saya tak simpan resepi kek sponge yang saya gunakan untuk buat kejadian tiramisu itu hari. Bila nak buat untuk harijadi ayah baru-baru ni terkial-kial saya search dalam internet tak jumpa2 tapi nasib baik saya ada tulis dalam buku nota. (dulu xde blog dan xde iphone jadi selalu catat dlm buku nota je :) )
Xnak pisang berbuah lagi sekali dan sebelum buku tu hilang ke apa baik saya simpan disini. Kannn..

KEK SPAN
Bahan-bahan
150 g tepung super fine (saya guna tepung gandum je)
150 g gula kastor
5 biji telur
1 sb ovalette
80 ml air
80 ml minyak / mentega cair
1 st baking powder
1 st esen vanila

Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 150-180 oC dan gliskan loyang 8"
Pukul gula, ovalette, telur, tepung dan baking powder dalam mangkuk adunan sehingga pekat dan gebu lebihkurang 5 minit pada kelajuan tinggi
Perlahankan sambil masukkan air dan esen vanila dan pukul lagi sehingga adunan betul2 ringan
Tuang minyak dan gaulkan dengan senduk guna kaedah kaupbalik
Masukkan aduanan dalam loyang dan bakar selama 45 minit.

Bulan Jun yang penuh makna!

Assalamualaikum. Terima kasih pada anda yang sudi singgah ke blog ini samaada secara sengaja atau tak sengaja. Hehe.. Dah lama tak cerita-ceritun, asyik tayang gambar makanan je kan. Alang-alang si Fakhri tengah tidur, lauk pun dah masak ni tetiba datang mood nak tulis entri. Mencurah perasaan gitu..

Bulan Jun ni memang bulan yang ditunggu-tunggu sebenarnya. Sebab ramai orang-orang tersayang disekeliling saya yang menyambut hari lahir pada bulan ini. Bermula dengan ibu saya, Puan Napisah Ismail yang genap berumur 51 tahun 30hb Mei, kemudian ayah saya Che Dalim Jusoh 48 tahun pada 3hb Jun, saya sendiri pada 7 Jun diikuti dengan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 6 pada 10 Jun, suami saya pula genap 32 tahun pada 12 Jun dan orang terakhir nanti ialah kakak sulung saya, Azizah pada 21 Jun ini.

Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga pada Allah Taala. Tiada apa yang paling membahagiakan hidup saya sebenarnya selain melihat orang-orang tersayang kekal sihat dan hidup sejahtera. Mudah-mudahan dengan syafaat usia yang bertambah ini maka bertambah jugalah saham kami untuk pelaburan di akhirat kelak. Kekalkanlah kesihatan kami untuk kami terus sihat beribadat kepadaMu Ya Allah. Amin Ya Robbalalaminn.

Apam Pelangi

Assalamualaikum..jangan jemu tengok apam ye. Sehingga hujung bulan jun ni tuan rumah memang nak mengapamm je. Kali ni kejadian apamnya tak selembut yang buat sebelum ni (yg sebelum xingat nak ambil gambar, ingat nak NGAPP je). Sebabnya tepung gandum tak cukup, nak turun beli kedai dah tutup akhirnya tambah tepung roti..hehe.. tapi apam pelangi ni sebenarnya memang sedap, lebih kurang apam dot-dot juga cuma tak ada inti je. Saya ambil resepi ni di blog k.hana dan saya simpan disini sebagai koleksi resepi yang saya dah cuba ye. Tq kak.

Bahan-bahan
• 2 biji telur
• 1 sudu teh ovellet
• 1/2 sudu teh esen vanila
• 150 gm tepung gandum
• 150 gm gula halus - hana cume buh 90g je
• 125 ml santan kara
• 1 sudu teh baking powder
• garam secubit
• pewarna


Cara-cara
• Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
• Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
• Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
• Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak

My-Story IntanHidayat in d house !!

Assalamualaikum..Baru-baru ni kami menerima kunjungan tetamu lagi. Kali ini rakan kami, Intan, Hidayat dan si comel Alham dan Najah sudi mencemar duli ke teratak kami. Hidayat ni rakan sekerja ayah kat UTeM yang sedang buat phd kat Southampton. Bila dah duduk berjauhan dari keluarga ni sesekali dapat kunjungan kawan-kawan dapat jugakla merasa seperti kunjungan saudara sendiri. Meriah rumah jadinya! Seronok!!.
Alham duk tengok apala tu :)
Yang paling seronok tentulah Nadhirah! Setiap hari duk asyik ulang tanya bila kawan nak sampai, berapa malam kawan nak sleepover sampai ibu dah tak larat nak jawab.
Intan datang pun tak lama, 2 malam je. Belum puas berbual dah nak kena balik. Apa nak buat kan. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi nanti ye. Harapnya diorang tak serikla untuk datang lagi ke rumah kami :)
 

 Intan datang pun tak lama, 2 malam je. Belum puas berbual dah nak kena balik. Apa nak buat kan. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi nanti ye. Harapnya diorang tak serikla untuk datang lagi ke rumah kami :)

Si cilik Najah
 
Si Najah yang 'tua' 2 minggu je dari Fakhri :)

Kuih Kaswi

Assalamualaikum pada semua yang sedang membaca entri ini. Rasanya ini kali kedua saya mencuba resepi kuih kaswi. Yang pertama dulu versi pejal, yang ini versi lembut dan sangat sedap bagi tekak saya. Nak buatnya pun sangatla mudah. Tapi maaf warnanya agak kurang menyerlah sebab nak jimatkan penggunaan gula melaka sebenarnya. Terpaksa campurkan dengan gula perang. Nanti dah balik Malaysia baru boleh 100% ikut resepi.
Resepi ni saya ambil dari Face Book page Kongsi Resepi. Jadi tak boleh nak link kan ke sourcenya. Tuan punya resepi nama Ina Ana, saya dah minta tag dan harapnya kak Ina Ana izinkan saya salin di sini.

Bahan-bahan
6 cwn air
3 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi
1/2 st kapur makan
1 cwn gula merah
6 sudu besar gula pasir / terpulang
1 biji telur

Cara-cara
Sapukan sedikit minyak pada loyang.
Masukkan semua bahan dalam blender, kisar dan tapiskan ke dalam loyang
Kukus dalam anggaran 1/2 jam


PEACH YOGURT STEAMED CUPCAKE / APAM YOGURT PEACH


Assalamualaikum,
Tuan rumah buang tebiat pagi-pagi buta buat entri. Petang tadi terlelap masa tidurkan Fakhri sudahnya mata tak boleh pejam dah, last-last bangun buat kuih untuk dibawa ke rumah kawan yang baru bersalin esok. Tengok jam pun dah pukul 2.40 pagi baik tunggu Subuh je pukul 3.15 nanti kemudian baru tidur kalau tak memang melepasla Subuh jawabnya.
Kali ni nak masukkan entri lagi resepi apam. Tuan rumah memang kena buat marathon apam je sekarang sebab nak habiskan stok ovelette yang akan expired hujung bulan ni. Sayang kalau terbuang macam tu je..jauh adik (cik ila) pos tu!
Nampak apam k.nor dari blog secubit garam tu macam gebu je terus turun bawah beli yogurt. Cuma saya tak guna natural yogurt takut membazir jadi beli yogurt yang ada perisa peach sebab baki tu nanti Fakhri boleh makan. Tapi saya punya tak semekar apam k.nor, semuanya macam malu-malu nak mekar. Kena menuntut lagi ni
Minta izin saya copy dan paste resepinya disini ye k.nor. TQ

Bahan-bahan
2 cups sugar (1 1/3cawan)
1 tsp ovallete
2 cups flour
1 cup fresh yoghurt (thick) (1/2 caw yogurt + 1/2 caw susu cair)
2 eggs
1/2 tsp double acting baking powder
1tsp cocoa powder (K.Nor skip)
1tsp chocolate paste
1 sudu teh esen vanila (K.Nor tambah)

Method
Beat all of them together until the batter becomes pale, thick, and the whisk leaves a vivid trail when stirring through the batter.
Spare some batter for the chocolate topping (about 5 Tbsp), mix it with cocoa powder and chocolate paste.
Drop the white batter into cups, then drop a teaspoon of chocolate batter on top of every cup. Steam for about 15 - 20mins.

* Yg betanda merah yg K.Nor buat
** utk mudahkan meletak adunan dlm papercup, masukkan adunan dlm piping bag atau plastik bag bersih dan gunting bucunya.

Gambar kat atas ni masih apam yang sama ye cuma ni versi ngelat, tak larat nak tunggu kukus lama sangat sebab bekas kecik tak banyak. Sekali kukus dapat 10biji je akhirnya lapis2kan ala-ala kek alunan kasih pastu bakar selama 40minit. Mula2 keluar oven ingat tak jadi sebab keras, tapi bila dimasukkan dalam bekas elok je dia jadi lembut. Lepas ni bolehlah bakar lagi nampaknya. :))

Thai Coconut Manggo Jello Dessert - Wan Mamuang


Yang ni pula nak kongsikan resepi jelly mangga hasil jenjalan ke blog ita. Kebetulan ada mangga ranum 2 biji Ayah beli kat pasar bawah, mangga kat sini kalau dah ranum memang tak best makan macam tu je sebab manis lain macam tu yang teringat ita ada resepi untuk mangga ni. Walaupun cuaca sejuk dan hujan je tapi tetap layan dapat makan jelly ni. Cuma resepi dah tak original sangat sebab dah diubah, santan tak ada kita tukar guna fresh milk je dan tambah kaler merah sebab dah janji ngan kakak nak buat jelly warna merah. So dah lari tajuk la ni.. hehe..mintak maafla pada tuan punya asal resepi ye. Saya salin dan ikut resepi ita, mohon syer ita yer :) TQ

Bahan-bahan
Lapis Atas -
1 sudu besar serbuk agar2 - sebab takde agar2 serbuk guna agar2 panjang 3g
375ml air
1 sudu teh esen pandan
60 ml jus mangga (kisar mangga halus)
secubit garam
2 sudu gula - ita tambah
potongan buat manga - ita tambah

Lapis Bawah
1 sudu besar serbuk agar2 - agar2 panjang 4g
375 ml air
50 gm gula pasir
250 ml santan
250 ml jus manga (kisar manga halus)

Lapisan Atas

Masak semua bahan kecuali jus mangga dan buah mangga yg dipotong dadu. Masak atas api yg perlahan dan kacau sentiasa. Setelah gula larut matikan api. Biar seketika, dan masukkan jus mangga. kacau rata. Tuang sedikit dahulu dalam acuan kemudian masukkan potongan mangga dan tuang semula adunan selebihnyer, dan biarkan sejuk. segera buat lapisan bawah.

Lapis Bawah

Masak semua bahan kecuali jus mangga diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau perlahan
Setelah gula larut tutup api. Biarkan sekejap dan masukkan jus mangga. Kacau rata. Tuang atas lapisan atas dan biarkan ia mengeras. Setelah sejuk bolehlah di masukkan dlm peti ais.

Apam Tepung Gandum

apam yang gebuus dan lembut
Saya suka apam! Apa saja jenis apam saya like. Banyak kali juga buat apam, ada yang jadi :)) ada yang tak jadi :(( tapi apam yang satu ni memang selalunya jadila. Sepatutnya apam ni peram selama 1 jam je tp saya terperam hingga ke subuh sebab terlelap. Bangun esoknya tengok buih2 dah melimpah ruah, bila angkat loyang rasa ringan sangat2. sedih...xpuas makan rasanya. Tapi apam ni memang best bagi saya
Resepi apam ni dapat dari k.fida dalam MyResepi dan saya pastekan disini senang nak rujuk lain kali.

Bahan-bahan ( loyang 10x10x3 inc. ) Saya buat separuh adunan je

• 4 1/4 cawan tepung gandum - diayak(akak guna 1/2 kilo)
• 3/4 cawan gula hitam (akak guna gula perang dan gula pasir,dicampur)
• 2 1/2 cawan air
• 1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan)
• secubit garam (opt)
• kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk mkn bersama apam

Cara-cara

1. Loyang disapu minyak sekeliling.
2. Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
3. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam.
4. Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
5. Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus

MMmm..entri terajinla pulak..

kekeke..tajuk entri macam apa je. Dah lewat malam ni sebenarnya, tadi idea datang mengejut nak buat roti sosej untuk bekal kakak sekolah esok, sudahnya lepas si adik dan kakak tidur baru sambung buat, so sementara tunggu roti masak teringat nak masukkan gambar ni..
sambal ikan masin
Sekali tengok macam nasi goreng pun ada kan? Tadi pun ayah tanya 'apa ni, macam nasi goreng je?' Hehehe..dah 6 tahun kawin nila first time saya masakkan menda alah ni.. Biasa kat kampung Terengganu dulu kami makan dengan nasi panas+ikan singgang+tembikai (buat ulam).
Kebetulan tengahari tadi turun kedai India kat bawah ni nak beli pisang tanduk nampak ada mangga muda, terus beli 2 bijik. Balik rumah terus TUNG TANG TUNG TANG buat sambal. Masa menumbuk tu lagi dah kecur air liur..kes lama x makan. Dah tak ada rasa bersalah kat jiran bawah lagi dah.
Sesiapa yang belum pernah cuba boleh buat sambal ni, senang ya amat.

Bahan-bahan :
 2 ekor ikan masin - dibakar & ambil isinya saja
15 biji cili padi @ sukati nak pedas tahap mana
2 sudu besar kelapa parut - saya pakai kelapa kering yang direbus hingga agak kering
2 biji mangga muda @ sukati jugak diracik halus

Cara-cara :
tumbuk ikan dan cili kemudian gaulkan dengan kelapa parut serta mangga dan SIAPPPPP..
senang kan.. :))

 

ini pulak mengada2 nak tunjuk ole-ole yang ayah bawak balik dari kursus kat Manchester minggu lepas, lempuk durian!Terus masuk dalam bubur kacang, mmmm...bau durian 1 rumah!! Best betul duduk kat Manchester, barang-barang makanan ASEAN bersepah, murah pulak tu. Tapi kan kat Liverpool ni pun ok gak sebenarnya..( hehe..cover balik nampak!)




Family Day - Spring 2011


Kecoh betul kejadian Family Day kami kali ni! Lepas 3x duk bertukar tempat, sekejap outdoor sekejap indoor pastu outdoor balik akhirnya Alhamdulillah berjaya jugak buat seperti yang dirancangkan. Cuaca kat UK ni paham2 ajelah bak kata Ayah dalam sehari boleh bertukar 5 musim.
 
Kali ni kami buat di Otterspool, 1 kawasan di tepi pantai. Itu yang jadi kecoh di saat akhir tu bila hujan turun mencurah-curah 1 jam sebelum acara. Kelam kabut penganjur cari tempat lain, dah booking dewan tetiba hujan berhenti, banyak pulak suara suruh buat kat tepi pantai balik kes anak-anak dah 'set' nak main kat pantai. (ye ke anak-anak ni..? hehehe)

Tema makan-makan kekal pot luck tapi dah tetapkan kg A masak itu, kg B masak ini, kg C bwk minum itu, kg D bawak minum ini. (macam banyak nauu kg nya tuu.. tp gitula ceritanya)

Selain daripada aktiviti utama makan-makan, acara diselitkan juga dengan sukaneka mengikut kampung maafla xjoin..akak ada anak kecik dik (hehehe..alasan baik punya), acara pemberian cenderamata untuk rakan-rakan yang akan pulang pada tahun ini iaitu 26 org (ramai tuu..sian kami tak leh balik lagi), sesi perkenalkan rakan-rakan yang baru sampai, 2 famili+3 individu dan sesi bagi hadiah untuk acara sukan sempena Bulan Sukan Liverpool yang dah berlansung 2 bulan lepas (yang tu belum story kat blog lagi tu..akak main yg itu ye!) 
 
Seronok dapat bergather-gather macam ni. Dah kenyang n dah menapau apa yang patut kami dismiss lebih kurang pukul 7 petang. Okla tu sebab sekarang Maghrib dah pukul 8.30 lebih. Jumpa lagi di aktiviti MSC yg akan datang. 










  




  










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com