Tat Nenas Gebu dan Rangup

sebelum dibakar (resepi k.liza)
Kuih ni sebenarnya buat masa raya aidilfitri hari tu, tapi kebetulan gambarnya masih ada jadi saya masukkan disini agar senang kalau-kalau nak buat lagi nanti. Saya buat 2 kali menggunakan resepi K.Hanieliza dan resepi dari blog En. Mat Gebu. Resepi K.Liza ni saya dapati agak rangup dan yang En. Mat pula sangat gebu. Tapi yang penting 2-2 resepi ni sedap! Yumm..yumm..
selepas dibakar (resepi En.Mat)
ni resepi dari k.liza ye
Bahan-bahan :
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
Jem Nenas..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara-cara :
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara
 
dan ini pula resepi dari blog En.Mat Gebu yang tersohor itu :
Bahan-bahan :
150 g minyak sapi (ghee)
100 g mentega
50 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh serbuk vanilin@esen vanilla
40 g tepung kastard
400 g tepung gandum
Beberapa titik pewarna kuning
Jem nenas secukupnya, digentel sebesar badam
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
1.Putar minyak sapi, mentega, gula aising dan serbuk vanilin@esen vanilla hingga sebati (tak yah sampai kembang). Masukkan kuning telur satu persatu dan terus memutar hingga rata.

2.Masukkan tepung kastard, pewarna kuning dan putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh ditekan (jika menggunakan acuan tat jenis tekan....macam acuan kuih sampret...). Bila rasa dah ok, jgn letak tepung lagi...

3.Rehatkan doh 5 minit dan tutup dengan kitchen towel bersih yang lembap. Isi doh dalam acuan tekan yang dipasang mata untuk membuat tat gulung. Tekan memanjang (pastikan bahagian bercorak dok belah bawah), letak sebiji jem dan gulung doh tadi perlahan2 sehingga menutupi jem. Kerat dan alihkan ke dalam dulang pembakar

4.Buat hingga habis, sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 15 - 17 minit. Bergantung pada oven masing2. Biarkan tat suam diatas dulang pembakar sebelum dialih ke atas jaringan. Bila sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com