Alhamdulillah..

Niat nak menulis blog dah lama tapi asyik tangguh2 sampailah hari ni tanggal 2 Ogos 2010 barulah impian jadi kenyataan. Blog ni saya khaskan bagi mencoret serba sedikit kehidupan kami sekeluarga terutamanya Nadhirah dan Fakhri untuk tatapan nenek dan tokki tersayang serta keluarga di Malaysia.

Bagi merasmikan blog ni, ceeeywah ! maka saya poskan gambar ni utk semua..

selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi Nadhirah
selamat hari jadi

tengok tu Nadhirah bukan main sebuk lagi dia, rupanya nak simpan sikit untuk tokki-tokki dan nenek-nenek.. ooo..ni dia sepotong. Jangan berebut tau tokki


kek Nadhirah ni adalah Eggless Choc Cake daripada blog k.Dayang. Saya buat 2 biji dengan menggunakan adunan ni dan lapiskan dengan mocca icing. Ni resepinya

Bahan-bahan : loyang 9 inci
2 cawan tepung gandum + 2 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat (diayak sekali)
1/2 cawan serbuk koko atau campuran serbuk coklat
2 cawan gula icing
2 peket coffee mix (3 in 1) / coffee 2 in 1 pun boleh
2 1/2 cawan air panas
1/2 sk garam
160 ml minyak masak sayuran / minyak jagung
2 sk cuka
2 sk esen vanilla

Cara-cara :
Panaskan oven pd suhu 160-170C. Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Sediakan bekas yg agak besar. Satukan tepung, gula, serbuk coklat, coffee dan garam. Ratakan.
Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu atau spatula.
Tuangkan minyak masak / minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Jika adunan bergentel, tapiskan.
Akhir sekali, masukkan cuka dan terus kacau hingga rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak. Suhu bergantung pd oven masing2. Tidak mengapa jika permukaan kek retak sebab memang begitulah kejadiannya.

Setelah kek masak, biarkan ia sejuk semalaman sebelum dipotong. Hiaskan dgn krim / ganache jika suka.

**Kek ini sgt moist, lembut dan lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman atau 1-2 hari

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com