Shopping raya

Hiii..yelatu shopping raya. Semalam hari Isnin ayah Nadhirah xpergi uni sbb cuti Bank Holiday. So ayah ajak keluar cari kasut Nadhirah nak padankan ngan baju2 kurung yang nenek2 dia kirim tu.
konsert kecik mintak derma
nampak tak lautan manusia kat depan sana
Punyala ramai orang hari ni sebab banyak konsert. Omputih pun apa lagi pakat keluar bersosial. Tapi org tak putih pun ramai gak termasuklah kitorang. Hehehe.. yang mudanya bukan main lagi duk usung beer berkotak2 nak berpicnic sambil tgk konsert.
Nadhirah asyik berenti nak tgk mainan

Penat eh cari kasut yang berkenan di hati, xjumpa2 jugak

Projek bermula..

Hari tu janji ngan Nadhirah nak buat kuih raya so semalam hari Sabtu , ayah dia pun ada kat rumah kami pun memulakan misi..jeng3! Kami = Ibu+Kakak+Adik (ayah dia menjalani proses berkurung..zzzzzz)

 Huru-hara atas meja jadinya. Kalau buat ngan Nadhirah gitula, siap sarang kueh tergolek2 atas lantaila..ish2. kalau citer lebih2 ni ada yg xsanggup nak mkn ni kang.
sebelum dibakar

Lepas puas bergulung2 ngan Nadhirah dptla 2 bekas ni. Memang buat xbyk pun, separuh adunan je sebab takut xjadi. Nipun berpusing2 Fakhri keliling meja ngan walkernye nak join skali.

Selepas dibakar
 AlhamD..dapatla wat buka puasa petang tu. Buat nipun bukan apa saje je nak bagi Nadhirah feel raya, dia duk ngadap Upin Ipin raya tu jadi duk sibuk jugakla tya pasal raya. Padahal nanti masa raya kitorang bukannya ada kat sini pun. Ayah dia dah beli tiket siap2 nak gi menangis kat London. Hu..hu..hu..horror!

Yey yey..dapat parcel raye...!

Kami dapat 2 parcel raya. :) 1 drp tokki n nenek Trg, posted by Cik Ila n 1 lagi mestila drp tokki n nenek Johor pulak posted by Cik Bonjit. Time kasih seme ye. Susah2 aje ( hee..lain kali kirimla lagi ) Mahalnye kos pos by air, len kali guna pos kapal laut je leh save sikit. 
yg ni bungkusan dr Trg
 Baju raya tema hijau dr Trg, perasan x adik pakai samping? sluar xyah pakai dah nampaknya..heee
parcel dari Johor

acuan semperit n ragi
tempe goreng n kerepek pisang. Best2!!

Baju raya pink and purple..bebudak je, bapak budak tu baju lama

apapun terima kasih banyak2 pada nenek n tokki2 dan semua pihak yang terlibat samada secara lansung atau tidak dalam proses pembungkusan dan pengiriman sumbangan2 raya pada mangsa2 yang tercampak kat sini. Kakakakaka..

Adooooii

Banyaknye sawang..hehe..punyala lama xgodek2 blog ni sampai berabuk, bersawang. Fuuhhh..!! (halau incy wincy spider)



Napela malas sgt nak update ni, tambah pulak xde cerita menarik. Sepanjang 2 minggu lepas cuma jemput kwn mkn kat rumah, then kwn pulak jemput buka pose kat umh dia. tapi terlupa nak amek gamba2 so xnak citer pjg2la.

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa pada semua, org Trg, org Johor, org Melaka dan org Abu Dhabi. He..he dah masuk hari ke3 baru nak ucapkan selamat berpuasa. Bukan malas atau xde masa tapi terpaksa kurangkan entry takut overlimit pulak internet bulan ni. Baru2 ni kan tv ada masalah so hari2 Nadhirah duk layan YouTube bila ayah dia check tengok dah nak overused takut nanti kawan ayah terpaksa bayar lebih sbb akaun internet ni guna nama dia.

Mcmne puasa kat Liverpool? Yg beza cuma waktu siangnye je yg panjang. Hari pertama puasa mula pukul 3 pagi maghrib kul 9. Nasib baik maghrib dah semakin awal. 1st time saya puasa ganti kat sini dulu mula kul 2pagi maghrib 9.30. masuk pukul 9malam 1badan berpeluh. Fuh!!

Hari pertama puasa Nadhirah sahur pukul 9pagi. Pastu dia kata nak makan banana kejap. Bila saya tanya "kakak kata nak puasa?" Dia jawab "nak puasa kenalah sahur, sahur tu kan makannn...kita sahur 3 kalila memang.." Mmm..sampai ke Maghribla dia sahur jawabnya. Berbuka petang tu ingat nak gi beli kat Bazar Ramadhan je tapi puas Google cari lokasi semua kat Malaysia je..hihihihik! Terpaksala sinsing lengan baju kelim karipap n wat mee kari sebagai pembuka tirai Ramadhan kami. Makan yg simple2 je sbb 2,3 jam lg dah nak sahur pulak. Org Malaysia mesti buka ngan macam2 nih. Jeles betul.

Xbest pulak xde gambar2 kan, xpela kali ni tengok gambar ni je. Nila rupanya pemandangan dari tingkap rumah kami pada waktu ni, 5.45pagi. Rumah kami tak menghadap jalan tapi belakang bangunan. Hari2 Fakhri duk kira burung atas bangunan tu tapi sekor burung pun dah takde, seme dah masuk opis.
Yang ni pulak pokok kesom dan lavender. Dekat sebulan pokok kesom tu semai dalam air je sbb xde tanah, baru seminggu dapat tanah tu, tengok pagi ni dah keluar tunas 2 tempat. Alhamdulillah. Pokok lavender tu pulak saya tanam konon nak bagi wangi ini rumah tapi ntah lavender jenis apa ni ntah bunga dia keluar cinonet2 je ujung2 tangkai tu.

Persiapan Ramadhan

Hujung minggu yang agak sibuk buat kami disini. Ada 2 jemputan makan-makan kat rumah kawan. Akhirnya pukul 12 tengahari lebih hari Ahad tu barulah kami berpeluang ke kedai China, nak beli barang2 makanan untuk bulan puasa nih. Kami pergi jalan kaki je sebab nak singgah lunch kat sini kejap, sebenarnya tadi saya dah masak mee soto jadi dah malas nak masak nasi untuk tengahari.







Selalu jugak makan kat sini, mula2 makan dulu rasa xsedap tapi bila dah 2,3 kali makan kira okeyla. Lagi sedap dari ayam KFC halal kat sini.

sempat layan budak-budak ni main kejap
Lepas makan baru sambung jalan lagi ke kawasan China Town. Ada 2 kedai China yang jual barang2 Asean kat sini. Budu, belacan pun ada tapi tempe belum jumpa lagi. Kebanyakan orang Malaysia shopping barang dapur kat sinila, kecuali bagi yang berkereta tu bolelah ke Manchester, dengar cerita kat sana lagi banyak pilihan.

Lepas penat berjalan akhirnya sampai jugak, hehehe.. tau tak apa benda yang paling utama nak dicari sampai menapak kesini.. telur masin!! Yes!! Yes!! Dah alang-alang sampai sini dapatla jugak beli kicap kipas udang (buat nasi ayam paling sedap pakai kicap ni) tapi sedihnya lengkuas dah habis. Jadi xdapatla ibu Nadhirah ni menyinggang sepanjang puasa ni..no singgang no budula jawabnya. Takpe2, makruh makan budu tu..

so kepada semua, kami ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Pesanan Nadhirah buat Mok Kakak Mok Adik dan adik2nye..Addina, Rayyan,Iman dan Azzra
"POSE JGN TAK POSE TAUUU!!" 

Assalamualaikum..

Pagi-pagi lagi hujan dah turun kat Liverpool ni. Ayah Nadhirah 15minit sebelum pukul 6 tadi dah keluar pergi kerja. Biasanya masa nilah saya prepare breakfast sekali ngan lunch. Nanti pukul 9 Fazlli balik baru breakfast sama-sama. Nadhirah dan Fakhri pun dah bangun masa ni, sempatla diorang main2 dengan ayah sekejap sebab biasanya dlm pukul 10 ayah diorang dah siap2 nak pegi universiti pulak.
Sepanjang ayah diorang kat uni kami bertiga habiskan waktu seharian kat rumah. Waktu mula2 sampai dulu memang terasa sangat kebosanannya, rasa mcm nak pecah kepala sebab bosan dan sunyi yang teramat sementara nak tunggu pukul 7/8mlm Fazlli balik. Tapi sekarang rasa macam sekejap je, buat itu, buat ini tup2 dah dengar bunyi ayah diorang balik bukak pintu. heee.....

Tengok Fakhri tu, bukan main lagi tidur meniarap dlm buaian.

Tengahari biasanya Nadhirah akan baca buku (dipaksa baca sebenarnya) sekejap. Kesian Nadhirah, baru baca buku Bacalah Anakku yg ke3. Silap saya sbb xajar dia awal2 sbb takut bila dia sekolah nanti dia keliru pulak dengan cara baca bahasa inggeris. Tapi akhirnya saya ajar jugakla baca bahasa malaysia. Pandai2la dia nanti. Budak kan cepat adapt ngan sekeliling.

Fakhri mcm biasala bila kakak dia pegang buku dia pun sebok nak buku jugak. Bila dapat nanti habis lencun buku dia hisap.
Petang barulah Nadhirah ngaji. Dia memang liat sikit mengaji nih, nilah akibatnya bila dah taksub sangat tengok tv. Dulu dia pakai tudung masa ngaji tapi sebab banyak sgt alasan dia, gatal, panasla sekarang ngaji dah xpakai tudung. tapi nak tunggu dia sudahkan 1 muka surat tu bukan main lama lagi sebab bercerita tak berenti2. Mood dia tak elok hari ni, xnak rakam masa ngaji, jadi saya curi2 ambik masa dia dan ayah dia sembahyang.

Alhamdulillah..

Niat nak menulis blog dah lama tapi asyik tangguh2 sampailah hari ni tanggal 2 Ogos 2010 barulah impian jadi kenyataan. Blog ni saya khaskan bagi mencoret serba sedikit kehidupan kami sekeluarga terutamanya Nadhirah dan Fakhri untuk tatapan nenek dan tokki tersayang serta keluarga di Malaysia.

Bagi merasmikan blog ni, ceeeywah ! maka saya poskan gambar ni utk semua..

selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi Nadhirah
selamat hari jadi

tengok tu Nadhirah bukan main sebuk lagi dia, rupanya nak simpan sikit untuk tokki-tokki dan nenek-nenek.. ooo..ni dia sepotong. Jangan berebut tau tokki


kek Nadhirah ni adalah Eggless Choc Cake daripada blog k.Dayang. Saya buat 2 biji dengan menggunakan adunan ni dan lapiskan dengan mocca icing. Ni resepinya

Bahan-bahan : loyang 9 inci
2 cawan tepung gandum + 2 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat (diayak sekali)
1/2 cawan serbuk koko atau campuran serbuk coklat
2 cawan gula icing
2 peket coffee mix (3 in 1) / coffee 2 in 1 pun boleh
2 1/2 cawan air panas
1/2 sk garam
160 ml minyak masak sayuran / minyak jagung
2 sk cuka
2 sk esen vanilla

Cara-cara :
Panaskan oven pd suhu 160-170C. Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Sediakan bekas yg agak besar. Satukan tepung, gula, serbuk coklat, coffee dan garam. Ratakan.
Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu atau spatula.
Tuangkan minyak masak / minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Jika adunan bergentel, tapiskan.
Akhir sekali, masukkan cuka dan terus kacau hingga rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak. Suhu bergantung pd oven masing2. Tidak mengapa jika permukaan kek retak sebab memang begitulah kejadiannya.

Setelah kek masak, biarkan ia sejuk semalaman sebelum dipotong. Hiaskan dgn krim / ganache jika suka.

**Kek ini sgt moist, lembut dan lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman atau 1-2 hari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

www.kongsiresepi.com